Eizlan Yusof

Bersama Ahmad Idham (tengah) dan Amy Mastura dalam filem Damping Malam
Butiran peribadi
LahirIdris bin Md. Yusof
(1971-07-14) 14 Julai 1971 (umur 52)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik PAS (2023–kini)
Pasangan
  • Vie Shantie Haroon Khan (k. 2007; c. 2014)
  • Datin Sri Natasha Rosa Boudville (k. 2019)
Anak-anak4
PekerjaanAhli politik, pelakon, pengarah, penerbit

Yang Hormat Dato' Sri Idris bin Md. Yusof (lahir 14 Julai 1971) atau lebih dikenali sebagai Eizlan Yusof merupakan seorang pelakon dan pengarah Malaysia. Eizlan mula berkecimpung di dalam dunia perfileman pada tahun 1994 melalui filem Kad Cinta. Semenjak itu beliau telah terlibat dalam pelbagai filem, melakonkan pelbagai watak.[1] Pada 11 Jun 2023, Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengesahkan Eizlan telah menyertai parti itu. [2]

Kerjaya

Pada tahun 1998, Eizlan telah memenangi anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik di Anugerah Skrin 1998 TV3 melalui persembahannya di dalam Panas. Pada tahun berikutnya, 1999, Eizlan telah di nobatkan sebagai Pelakon Lelaki Harapan melalui persembahan lakonannya di dalam filem Perempuan Melayu Terakhir di anugerah Festival Filem Malaysia ke-14. Walaupun telah dikenali sebagai pelakon serba boleh dan berkaliber, Eizlan tidak segan memainkan watak kecil di dalam mana-mana filem.

Eizlan telah dinobatkan anugerah 'Asian Most Promising Actor' di 24th Chunsa Film Awards : Chunsa Asia Awards pada tahun 2019 di Korea Selatan.

Kehidupan peribadi

Eizlan pernah mendirikan rumah tangga bersama Vie Shantie Haroon Khan pada 7 Julai 2007 sebelum bercerai talak satu pada 28 September 2014. Hak penjagaan tiga anak mereka diberikan kepada Vie Shantie Haroon Khan selaku ibu kandung manakala Eizlan mendapat kebenaran untuk bermalam dengan anak-anaknya pada masa yang dipersetujui bersama.[3] Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.

Beliau menamatkan zaman dudanya selepas 4 tahun dengan mengahwini Datin Sri Natasha Rosa Boudville, seorang wanita berketurunan Serani pada 12 Disember 2019.[4]Mereka telah menimang cahaya mata perempuan, Zaelynn Rosa yang lahir pada 13 April 2021.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Kad Cinta[5] Jeffrey Filem pertama
1995 Amelia Man
1996 Lurah Dendam Farid
1998 Panas Ariff
Raja Melewar Tengku Mahmud @ Raja Melewar
1999 Perempuan Melayu Terakhir[6] Haikal
2002 Mendam Berahi Zul
2003 Black Maria Azman/Rashid
2004 Aku No. 1 Penampilan khas
Pontianak Harum Sundal Malam Norman
2005 Pontianak Harum Sundal Malam II Norman Penampilan khas
2006 Cinta Azlan
2007 Impak Maksima Johari
2008 Sepi Kalam Pelakon undangan
Senario The Movie: Episode 1 Pemandu Teksi Penampilan khas
2009 Pisau Cukur Datuk Hisham
2010 Damping Malam Ustaz Bakri
2011 Ratu The Movie Iskandar
Senjakala Shapie
Songlap Suami Pembeli Anak Penampilan khas
2012 Gerimis Mengundang Perwakilan Malaysia 1 Penampilan khas
8 Jam Encik Akhiruddin Yaakob
Aji Noh Motor Murabbi
2014 Tembus ASP Shamsul
2015 Pilot Cafe Dr. Khaleed
Mat Moto Dr. Sulaiman Penampilan khas
2016 Mat Moto Otai
2017 Pak Pong Penghulu Bunian
Pencuri Hati Mr. Cinderella Johari
Balun Shaid Blond
2018 PASKAL Panglima TLDM Pelakon undangan
2020 Town Mall Rusdi Juga sebagai pengarah
2021 Hanya Namamu Laila

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Jaguh-Jaguh Sulaiman TV1 Drama pertama
2001–2002 Astana Idaman Kamal Khairuddin Astro Ria
2003 E.C. Mirza Mediacorp Suria
2005 Mahligai Gading Adam Sufian TV1
Aku, Dia & Cape Town Lukman TV3
2008 Impak Maksima the Series Johari
2009 Lily Marlin Azfar TV2
2009 Cinta Untuk Ain Farid TV3
2009–2010 Jangan Tegur... Lagi Kamal
2010 Siti Kelembai
Duyong Aridinata Rosli
Durja Ningsun Kamal
2011 Annissa Kamal
Papa Nak Kahwin Asward Astro Warna
2012 Suri Farid TV3
Bunga-Bunga Syurga Haji Halim
Seindah Sakura Datuk Malik
2013 5 Bujang TV1 Juga sebagai pengarah
Fira Ayuni Datuk Farid TV3
2014 Yes, Boss! Dato' Maarof
Dendam 5 Beradik Inspektor Suffian Astro Box Office 2 episod
Perempuan Dalam Pasungan Farid Astro Prima
Ramadan Jangan Pergi Zulkifli TV3
Istikharah Cinta Dato' Aziz
2015 Bencinta Majid
Dhia Sofea Mahadi
M.A.I.D. Tan Sri Hamdan Astro Ria
Hello, Mr. Perfect! Dato' Sri Aminuddin TV3
Cik Cinderella dan Encik Tengku Encik Megat
2016 Bagaikan Kelip-Kelip Tuan Zamri TV9
Mr. Boss Miss Stalker Zizan TV3
Tak Beli Tak Cinta Cikgu Ramly
Lara Aishah Dato' Nazri Astro Maya HD
2017 Dendam Aurora Engku Azhar
2018 Melankolia Tuan Hamid TV3
Selamat Malam Tan Sri Tan Sri Rahman Shah TV2
2019 Bukan Cinta Aku Dato' Razak TV3
Imaan Shakir Astro Ria
Puteri Yang Ditukar Ihsan Astro Prima
2020 Ben & Bella Tan Sri Rahman TV3
Bicara Cinta Encik Zainuddin
Runi & Solah Rahman
2021 Ratu Ten Pin Dato' Idris Astro Ria
Kanvas Rahman TV2
Ganjil Haris Viu
2021–2022 Gerak Khas Undercover Zamri TV3
2022 Senduk Swap Dato Malek TA-DAA!
Aku Tanpa Cintamu Idris TV3
2022–2023 Nikah, Cerai, Rujuk Hisyam Astro Ria
2023 I Love You Mr Clown Musa TV3
Gadis Exxtra: Saiz Bukan Ukuran Zalif Astro Ria
Luruhnya Bunga Cinta Jamaludin TV3
2024 Luruhnya Bunga Cinta 2

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2001 Mat Nor Kushairi & The Velvet Boys Wahab B. ntv7
2003 Aisah Limah Puluh Sen Pelanggan 1 Astro Ria
Cik Mala Janda Berhias TV3
2010 Keabadian Cinta Rashan Astro Citra
Di Mana Isteriku Borhan TV3
2011 21 Hari Fariz
Kain Pelikat Acat Pakcik Ghafar TV9
Panggilan Baitullah TV3
Anakku Bapakku Farid Astro Prima
Tangisan Langsuir Ketua kampung
2015 Diva Astro Ria
2017 Madu 3 Suku Haji Rahim TV1
Misteri Kematian Dato' Rizman
Aku Mahu Hidup Rufai TV9
2018 Sayang Suria TV3
Arafah
Rezeki Tanpa Alamat Azmi
2019 Bayang
2020 Tiada Lagi Datuk Nizar
Tragedi Balik Kampung Sebagai pengarah
Mencari Muhammad TV1
2021 Perfect Raya Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2021 Sepahtu Reunion Live Kameo Astro Warna Episod: "Dilema"

Muzik video

Tahun Tajuk Artis undangan
1996 "Pasrah" Ena
1997 "Dia" Fauziah Latiff

Iklan

Tahun Tajuk
1997 Salem - Hari Raya Aidilfitri dan Tahun Baru Cina

Anugerah dan penghargaan


Pencalonan Akhir ;


Mewakili Malaysia ;


Anugerah Kebesaran Negara/Negeri ;


Jawatan Korporat / NG0 / Kerajaan ;


Tugasan Rasmi Kerajaan Malaysia / Korporat ;


Aktiviti CSR (Corporate Social Responsibility) NGO / Badan Kerajaan ;

Rujukan

  1. ^ Mazlina Abu Bakar (15 Januari 2012). "Syarat ayah, senangkan Eizlan". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-04-27. Dicapai pada 16 Januari 2012.
  2. ^ Aiman Zaharuddin (11 Jun 2023). "Takiyuddin sahkan Eizlan Yusof sertai Pas". Sinar Harian. Dicapai pada 10 Jun 2023.
  3. ^ "Pelakon Eizlan Yusof Cerai Talak Satu". mStar Online. 16 Januari 2015. Dicapai pada 17 Januari 2015.
  4. ^ Hanisah Selamat (12 Disember 2019). "Eizlan, Natasha selamat bernikah". Berita Harian. Dicapai pada 12 Julai 2020.
  5. ^ Shakilawati Abd Rahman (13 November 2012). "Eizlan tidak jauh hati". Harian Metro. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-13. Dicapai pada 14 November 2012.
  6. ^ Tahniah – Datuk Eizlan Yusof Dan Datuk Ac Mizal, December 22, 2011 oleh Eiza Isis.

Pautan luar