Man Bai | |
---|---|
Latar belakang | |
Nama lahir | Abdul Rahman bin Osman |
Kelahiran | Johor Bahru, Johor, Malaysia | 30 November 1967
Genre | Rock, pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi, pemuzik, penulis lirik, penerbit rakaman, penggubah lagu, pelakon |
Instrumen | Vokal, Gitar |
Tahun aktif | 1981–kini |
Syarikat rakaman | Rahim Othman Productions (ROP) : 1987-1990) Roslan Aziz Productions : 1991-2000 |
Pengkarya berkait | Kumpulan Gersang |
Man Bai (lahir Abdul Rahman bin Osman; 30 November 1967) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia bermula sejak 1980-an. Beliau terkenal sebagai vokalis kumpulan Gersang.[1]
Man Bai sudah berkahwin. Pada Oktober 2014, beliau mendedahkan isterinya pernah menjalin hubungan dengan seorang lelaki warga Singapura selama lebih empat tahun.[2]
Pada awalnya Man Bai menyertai kumpulan Gersang yang dibentuk pada tahun 1981. Selepas melalui beberapa cabaran, kumpulan Gersang mula menjulang nama di pentas muzik tempatan dengan album Gersang pada tahun 1988.
Selepas album ketiga Gersang yang berjudul B29 (1989), Man Bai berhadapan dengan cabaran apabila menghidap penyakit tonsil yang agak serius dan memerlukan pembedahan. Beliau kemudiannya berehat selama hampir enam tahun.
Setelah pulih dari penyakit tonsil, beliau mula mencipta nama sebagai penyanyi solo dengan lagu hit Kau Ilhamku pada tahun 1995.[3][4]
Beliau bekerja dengan Roslan Aziz Productions dari tahun 1991 hingga 2000.[5]
Kerjaya filem Man Bai bermula apabila beliau menerima tawaran berlakon dalam filem Layar Lara arahan Shuhaimi Baba lakonan Ida Nerina. Persembahan beliau dalam filem ini melayakkannya memenangi Pelakon Harapan Lelaki di Festival Filem Malaysia pada 1997.
Beliau juga berlakon bersama M. Nasir dan Tiara Jacquelina dalam filem Puteri Gunung Ledang arahan Saw Teong Hin.[6]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1997 | Layar Lara | Daud | Filem pertama |
2000 | Syukur 21 | Salleh | |
2002 | Cinta 200 Ela | Amri | |
Ah Loke Kafe | |||
2004 | Puteri Gunung Ledang | Iqbal | |
2007 | 1957: Hati Malaya | Tun Hussein Onn | |
2018 | Busker | Nasir Jani | Penampilan khas |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1996 | Anugerah Industri Muzik 1996 | Penyanyi Lelaki Solo Terbaik | Menang |