Meerqeen | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Shameer Shauqeen bin Shaiful Izam 4 Jun 2001 |
Pendidikan | Diploma Jurusan Insurans |
Pusat pendidikan | Kolej Vokasional Gombak |
Pekerjaan | Pelakon, model, penyanyi |
Tahun aktif | 2020–kini |
Ketinggian | 176 cm (5 ka 9 in) |
Keluarga | Safura Yaacob (ibu saudara) |
Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (Jawi: محمد شامر شوقاين صيفول ايزام; lahir 4 Jun 2001) atau lebih dikenali sebagai Meerqeen merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia yang berasal dari Ampang, Selangor. Kerjayanya bermula apabila beliau dipilih sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2019/2020.[1][2][3] Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan apabila beliau membawa watak Haqeem menerusi drama Angkara Cinta.[4][5]
Meerqeen terpilih sebagai salah seorang daripada 15 peserta Hero Remaja 2019/2020 yang turut disertai oleh Nadhir Nasar dan berjaya memenangi tempat ketiga.[2][6][7] Penyertaannya dalam Hero Remaja pada mulanya mendapat tentangan daripada keluarganya. Selepas tamat pertandingan itu, beliau menerima banyak tawaran pekerjaan termasuk bidang lakonan. Sebelum menyertai Hero Remaja, Meerqeen pernah menghadiri sesi ujibakat semasa menduduki Tingkatan 3, namun hanya menerima satu tawaran sahaja, iaitu membintangi sebuah iklan pada tahun 2017.[8][9]
Kerjaya lakonan Meerqeen bermula apabila beliau dipilih membintangi filem pertamanya, Kelaster arahan Razif Rashid yang ditayangkan di Astro First dengan memegang watak sebagai Usop. Meerqeen mula mendapat perhatian dalam bidang lakonan menerusi drama sulung lakonannya, Angkara Cinta lakonan bersama Wanna Ali dan Hun Haqeem yang mana beliau memegang watak sebagai Haqeem.[10][11] Diadaptasi daripada drama Filipina, Tayong Dalawa terbitan ABS-CBN, Angkara Cinta mencapai kejayaan komersial apabila disambung kepada 45 episod sekaligus memperkenalkan nama Meerqeen kepada perhatian media dan peminat. Beliau kemudiannya berlakon di samping Janna Nick dan Dini Schatzmann menerusi drama adaptasi novel karya Suri Ryana, Marry Me Senorita dengan memegang watak sebagai Ammar. Ia turut dibintangi oleh juara Dewi Remaja 2019/2020, Shaza Bae.[2]
Beliau turut berkecimpung dalam bidang muzik dengan melancarkan single solo pertamanya, "Menunggu" yang dikeluarkan pada Oktober 2021.[12][13] Beliau paling dikenali menerusi gandingannya bersama Anna Jobling dalam Melur Untuk Firdaus yang disiarkan di TV3 sebanyak 2 musim.[14]
Salah satu inspirasi beliau dalam bidang seni ialah ibu saudaranya, penyanyi terkenal Safura Ya'cob. Meerqeen mengakui banyak belajar daripada pengalaman dan meminta pandangan, selain berpegang kepada pesanan Safura untuk terus berusaha dan tidak meletakkan harapan tinggi dalam hiburan.[15]
Dalam temu ramahnya bersama Berita Harian, Meerqeen mengatakan: "Saya mahu jadi seperti Hun Haqeem yang disebut-sebut namanya sekarang" sambil menjadikan pelakon senior Bront Palarae sebagai idolanya dalam bidang lakonan.[10]
Meerqeen dilahirkan di Ampang, Selangor. Nama pentasnya ialah gabungan daripada nama sebenarnya, Shameer Shauqeen. Beliau ialah anak saudara kepada penyanyi era 1990-an, Safura Yaacob.[16] Meerqeen ialah pelajar jurusan insurans di Kolej Vokasional Gombak.[10]
Tahun | Tajuk | Peranan | Pengarah | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Kelaster | Usop | Razif Rashid | Filem pertama |
2021 | Frontliner | Pesakit "Kluster Kayangan" | ||
2024 | Klepet | Wadi | Indra Putra | |
Harimau Malaya: The Untold Journey | Rashdan | Dato Afdlin Shauki |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Angkara Cinta | Haqeem | Astro Prima | Drama pertama |
2021 | Marry Me Senorita | Ammar | Astro Ria | |
Bila Syaitan Berbisik | Wan | Episod: “Penunggang Agama” | ||
Malaysian Ghost Stories | Akram | Episod: “Rumah Sewa RM100” | ||
2022 | Melur Untuk Firdaus | Firdaus Iskandar | TV3 | |
Ash & Aish | Ash (Ashrafi) | Astro Ria | ||
2023 | Melur Untuk Firdaus 2 | Firdaus Iskandar | TV3 | |
Chinta Wrong Direction | Pemuda di Stesen Bas | Astro Ria | Episod 6; Penampilan khas | |
My Famous Ex-Boyfriend | Rakan Jamie | Astro Ria | Episod 24; Penampilan khas | |
2024 | Framed | Edi | Astro Premier | |
Cinta Untuk Sekali Lagi | Alan (Idlan Zuhairi) | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Peranan | Rangkaian | Catatan |
---|---|---|---|---|
2022 | Modus Operandi | Ben | BANK BRI | Drama Indonesia |
Runway In Seoul | Dirinya sendiri | Viu | Bersama Nadhir Nasar | |
2023 | Nenek Bongkok Tiga | Adi | ||
2024 | Strong Girl | Adaptasi Drama Korea, Strong Girl Bong-soon |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2024 | Overnight Wali | Joey | Astro Ria |
Tahun | Tajuk lagu | Penyanyi | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | "Menunggu" | Meerqeen | |
2023 | "Tak Berharap Lagi" | Raisa |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2020 | Hero Remaja 2019/2020 | Peserta | Astro Ria | |
2021 | Ceria Xtra #DudukRumah | Kapten | Astro Ceria | |
2022 | Lazada: Super Party | Artis jemputan | TV3 | |
Brownis | Trans TV | Bersama Anna Jobling | ||
Ketawa Itu Berkah | ||||
Lapor Pak! | Trans7 | |||
MeleTOP | Astro Ria | |||
Terpaling Juara | TV3 | |||
2023 | Anugerah Ikon Sukan Harian Metro | Penyampai anugerah | TV9 | Bersama Datuk Leong Mun Yee |
Gempak Most Wanted Awards 2022 | Penyampai anugerah | Astro Ria | Bersama Hun Haqeem | |
Anugerah Drama Sangat 2023 | Penyampai anugerah | TV3 | Bersama Anna Jobling | |
Nona | Artis jemputan | |||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyampai anugerah | Bersama Sherry Alhadad & Siti Hariesa | ||
2024 | Gempak Most Wanted Awards 2023 | Penyampai anugerah | Astro Ria | Bersama Zul Ariffin & Elizabeth Tan |
Bombastika Raya | Artis jemputan | |||
MeleTOP | Artis jemputan | Bersama Mimi Lana (Ep.26), Erysha Emyra (Ep.29) | ||
Malaysia4Palestine | Artis jemputan | Saluran Khas Astro 111 | Bersama Nadhir Nasar & Erysha Emyra |
Tajuk | Tahun | Album | Label |
---|---|---|---|
"Menunggu" | 2021 | — | Indigital Music |
Tahun | Anugerah | Kategori | Pencalonan | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2020 | Hero Remaja 2019/20 | Tercalon | ||
2021 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-34 | Artis Baharu Lelaki Popular | Tercalon | |
2022 | Anugerah MeleTOP Era 2021 | Artis Baharu Meletop | Tercalon | |
Anugerah Stail EH! | Selebriti Lelaki Paling Bergaya | Tercalon | ||
2023 | Gempak Most Wanted Awards 2022 | Video Trending Tergempak | Swipe Challenge (TikTok) | Menang |
Anugerah Drama Sangat 2023 | Pelakon Lelaki Popular | Melur Untuk Firdaus | Tercalon | |
Pasangan Drama Terbaik | Meerqeen & Anna Jobling | Menang | ||
Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 | Aktor TV Popular | Melur Untuk Firdaus | Menang | |
Couple TV Popular | Meerqeen & Anna Jobling | Menang | ||
Anugerah Telenovela Ke-9 | Bintang Telenovela | Menang | ||
Pelakon Lelaki Popular | Melur Untuk Firdaus | Menang | ||
Pasangan Serasi Popular | Meerqeen & Anna Jobling | Tercalon | ||
2024 | Gempak Most Wanted Awards 2023 | Selebriti Digital Tergempak | Tercalon |