Hun Haqeem
Kelahiran
Haqeem bin Hermy

(1998-01-07) 7 Januari 1998 (umur 26)
PendidikanPerakaunan & Kewangan
Pusat pendidikanKolej Universiti Poly-Tech MARA Kuala Lumpur
PekerjaanPelakon, model, pengacara
Tahun aktif2019–kini
Ketinggian1.68 (5 ka 6 in)

Hun Haqeem (lahir Haqeem Hermy; 7 Januari 1998) merupakan seorang pelakon, model dan hos TV lelaki Malaysia.[1][2] Beliau mulai dikenali dan mendapat perhatian melalui watak Ariff dalam drama pertama Cari Aku Di Syurga[3] dan seterusnya terkenal sebagai Jaafar dalam Kampung People[4][5] dan"Kampung People 2" [6] Berikutan itu, beberapa watak yang berjaya mengukuhkan namanya sebagai anak seni berkebolehan serta mendapat sambutan hangat penggemar drama tempatan melalui Luqman "Angkara Cinta" [7],Raja Akid "Chinta Wrong Direction" [8] (2023) dan terbaharu, Aliff Hadi "W (drama web)" [9] (2023), terbitan "Viu".

Kerjaya

Beliau mula bergiat aktif dalam dunia seni sebagai pelakon dan model dan berjinak-jinak mendekati dunia lakonan ketika menjalani latihan industri di Jabatan Komunikasi Korporat, New Straits Times Press.[10] Antara drama dibintanginya seperti Cari Aku Di Syurga, Cinta Belum Tamat Tempoh dan telefilem Tasbih Usang.[11] Hun membuat penampilan muzik video pertamanya menerusi muzik video lagu "Hapus" oleh Masya Masyitah, kemudian diikuti oleh muzik video "Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza.[12] Beliau kemudian berlakon bersama Wanna Ali dan Meerqeen dalam drama Angkara Cinta dengan memegang watak sebagai Luqman.

Kehidupan peribadi

Hun Haqeem dilahirkan dan dibesarkan di Kuching, Sarawak. Beliau berdarah kacukan Melayu-Cina dan beragama Islam.[13]

Pada 1 Mac 2020, Hun dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya yang mengakibatkan kecederaan serius di tumit kaki kanan dan ligamen.[14][15][16]

Diskografi

Filemografi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Cari Aku Di Syurga Ariff TV3 Watak Pembantu Utama
Cinta Belum Tamat Tempoh Qhalish Astro Ria Watak Pembantu
Kampung People Jaafar TV3 Watak Pembantu Utama
2020 Seindah Tujuh Warna Pelangi Arjuna Watak Pembantu Utama
The Gadis Mika Watak Pembantu
Kampung People 2 Jaafar/Jekfer Watak Utama
Angkara Cinta Luqman Astro Prima Watak Utama
2021 Sihir Hud Astro Ria Watak Utama
Dayang Senandung Fannan TV Okey Watak Pembantu Utama
2022 Ulya & Dini Dini Astro Ria Watak Utama
Hantu Raya Pergi Perang Kadir Osman / Raya Sooka Watak Utama
2023 Nenek Bongkok Tiga Zamir Viu Watak Utama
Imam Instant Ustazah Scammer Imam Ashraf Astro Ria Watak Utama
Chinta Wrong Direction Raja Akid Astro Ria Watak Utama
My Famous Ex-Boyfriend Rakan Jamie Episod 24, penampilan khas
W: Two Worlds Malaysia Alif Hadi Viu Watak Utama

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Tasbih Usang Tidak diketahui HyppTV Telefilem pertama
2020 Pemuja Rahsia Adam TV3
2021 Tentang Alif Mat Astro Ria
2022 Obses Lokman Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2020–2022 Gempak TV Pengacara bersama Astro Ria Gandingan bersama dengan Isha Norsham, Daniel Cheang & Riena Diana
2024 The Masked Singer Malaysia (musim 4) Peserta - (Roti John) Astro Warna Tersingkir di Semi Final (Week 9)

Muzik video

Tahun Tajuk Penyanyi
2020 Hapus Masya Masyitah
Siapa Tak Mahu Dato' Seri Siti Nurhaliza
2023 Sudah Ara Johari

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2020 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 TOP 20 Artis Baharu Lelaki Popular Tercalon
2021 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 TOP 5 Pelakon TV Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 TOP 20 Pelakon Drama Lelaki Popular Tercalon
NONA Superhero Award Men Style Icon Menang

Rujukan

  1. ^ Sudirman Mohd Tahir (19 Februari 2020). Tak terkejut dengan populariti Harian Metro. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  2. ^ Zaidi Mohamad (23 Februari 2020). Makin laris, Hun tidur dua jam Berita Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.
  3. ^ Najiy Jefri (12 November 2019). Hun Haqeem pendam impian Harian Metro. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  4. ^ Zaidi Mohamad (6 Januari 2020)Kampung People lonjak bakat Hun Haqeem Berita Harian. Dicapai pada 8 Januari 2020.
  5. ^ Kacak persis pelakon Thai, watak Jaafar dalam Kampung People pikat penonton Erin Sakura (27 Disember 2019). Dicapai pada 31 Disember 2019.
  6. ^ Drama Kampung People 2 (TV3) My Infotaip. 14 September 2020. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  7. ^ [1].Asraf Aided. 20 Februari 2021. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  8. ^ Drama Chinta Wrong Direction MyInfotaip. 3 Julai 2023. Dicapai pada 17 Februari 2024.
  9. ^ . iloveborneo. 13 April 2023.[2]". Dicapai pada 16 Februari 2024.Syazil Abd Rahim. 15 September 2023.[3]. Dicapai pada 16 Februari 2024.
  10. ^ Zaidi Mohamad (21 Oktober 2019). Hun Haqeem tak gelojoh Berita Harian. Dicapai pada 29 Disember 2019.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (14 Februari 2021). Penampilan seiring bakat Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  12. ^ Sudirman Mohd Tahir (15 Oktober 2020). Hun Haqeem tak percaya berlakon dalam muzik video Tok Ti Harian Metro. Dicapai pada 16 Februari 2021.
  13. ^ Farhan Ikram (6 Januari 2020). Ini 5 fakta menarik tentang Hun Haqeem, pelakon kacak ‘Jekfer’ dalam Kampung People mStar Online. Dicapai pada 16 Mac 2020.
  14. ^ Ridzwan Abd Rahman (1 Mac 2020). 'Jekfer' cedera kemalangan motosikal Harian Metro. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  15. ^ Nur Asyikin Mayudin (1 Mac 2020). Hun Haqeem terlibat kemalangan motosikal, cedera teruk di tumit mStar Online. Dicapai pada 2 Mac 2020.
  16. ^ Aqmar Mustaza (2 Mac 2020). Alhamdulillah saya ok, kata Hun Haqeem Sinar Harian. Dicapai pada 22 Mac 2020.

Pautan luar