Yang Hormat Dato' Sri Sidi Oraza SSAP (Pahang) | |
---|---|
Kelahiran | Syed Osman bin Syed Rastan 31 Oktober 1965 |
Pekerjaan | Pelakon, usahawan |
Tahun aktif | 1980–2003, 2024–kini |
Pasangan | Datin Sri Tengku Ismawati Badrulzaman (k. 1989) |
Anak-anak | 5 |
Dato’ Sri Sidi Oraza (lahir Syed Osman bin Syed Rastan; 31 Oktober 1965) merupakan seorang bekas pelakon dan usahawan lelaki Malaysia yang mencipta nama pada era 1980-an. Sebagai pelakon bergred A di Malaysia, kelibat Sidi agak sukar untuk dilihat dalam banyak karya. Beliau dikenali sebagai seorang pelakon yang selektif. Beliau juga telah cuba berlakon teater bagi mengasah kembali bakat berlakon beliau setelah berhenti seketika akibat penyakit.[1]
Pada awal 2000-an, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan bidang lakonan dan memberi perhatian terhadap perniagaan yang berasaskan perladangan yang dimiliki oleh beliau dan dibantu oleh abangnya, Syed Omar Syed Rastan.[2] Kini beliau membantu petani-petani tempatan dengan syarikat beliau iaitu Diversatech (M) Sdn Bhd.[3]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1989 | Pelumba Malam | Lan | Filem pertama |
1990 | Pening-Pening Lalat | ||
1991 | Juara | Sidi | |
Bayangan Maut | Pengawal Peribadi Taji Samprit 1 | ||
1992 | Suci Dalam Debu | Sidi | |
Konstabel Mamat | Karim Janggut | ||
1995 | Sayang Salmah | Hassan | |
1996 | Suratan Kasih | Inspektor Johan | |
Siapa Dia? | |||
1997 | Layar Lara | Malik | |
TBA | Surat Muhammad |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Metro Skuad | ASP Sidi | TV1 | |
1997 | Si Lembik | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1991 | Tuah Jebat | Jebat | TV1 | bergandingan dengan Rahim Jailani & Uji Rashid |
1993 | Anak Angkat | |||
Antara Dua Bayang | TV3 | |||
1994 | Aku Anak Siapa | |||
1995 | Selamat Hari Jadi Su | Doktor Johan | TV3 | |
1997 | Dominan | Tan Sri Lokman Hakim | ||
Sebening Anugerah | ||||
1998 | Metafizik | |||
Isketambola | ||||
1999 | Daerah Shafika | |||
Surah Terakhir | ||||
2003 | Najwa | Qayyum | TV1 | Telefilem terakhir |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Pendidikan Moral: Rasuah Dihina, Maruah Dibina | TV Pendidikan |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima | Keputusan |
---|---|---|---|---|
1994 | Anugerah Skrin 1994 | Pelakon Lelaki Terbaik | Anak Angkat | Menang |
1995 | Festival Filem Malaysia ke-12 | Hassan dalam Sayang Salmah | Menang | |
1996 | Festival Filem Malaysia ke-13 | Malik dalam Layar Lara | Menang | |
1999 | Anugerah Skrin 1999 | Pengarah Terbaik | Surah Terakhir | Menang |