Astana Idaman merupakan sebuah drama Melayu yang ditayangkan di Astro Ria sekitar tahun 2001 hingga 2003. Ditayangkan sebanyak 3 musim, drama ini mengikut acuan drama lipur lara dari Amerika.

Astana Idaman
GenreDrama
Korporat
Cinta
Konflik
Keluarga
Dendam
Dibintangi oleh
Rozie Othman
Hamidah Wahab
Jalaluddin Hassan
Maria Farida
Zachery X-Factor
Cheryl Samad
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim3
Penerbitan
Tempoh siaran60 minit per episod
Syarikat penerbitan
Antah UTV (musim 1)
Small Fries Pictures (musim 2)
Nusantara Seni Karya (musim 3)
Penyiaran
Saluran asalNTV7
Astro Ria
Siaran asal2001 – 2003
Kronologi
Rancangan berkaitan
Idaman

Astana Idaman merupakan siri drama pertama Malaysia yang diterbitkan oleh tiga syarikat berbeza untuk setiap musimnya iaitu Antah UTV (musim pertama), Small Fries Pictures (Astana Idaman 2) dan Nusantara Seni Karya (Astana Idaman 3). Sepanjang siri ini ke udara sebanyak 3 musim, hanya sebanyak 4 watak yang kekal di dalam semua musim iaitu Maria Firdaus (Maria Farida), Mikhail Firdaus (Zack X-Factor), Sarafina Mahzan (Cheryl Samad) dan Datuk Mansoor (Datuk Jalaluddin Hassan). Bagi musim kedua dan ketiga, lagu 'Bukan itu Bukan ini' yang dipopularkan oleh Zainal Alam Kadir dan Kumpulan Sutera menjadi lagu tema bagi siri ini.

Plot

[sunting | sunting sumber]

MUSIM PERTAMA

Keluarga Firdaus yang terdiri daripada Datin Rocky serta tiga orang anaknya iaitu Sulaiman, Maria dan Micky berseteru dengan keluarga Mahzan yang terdiri daripada Dr. Mahzan dan Tengku Intan serta dua anak gadis mereka iaitu Balqis dan Sarafina. Permusuhan bermula daripada sebuah kisah cinta tiga segi ketika Datin Rocky dan Tengku Intan masih di alam remaja. Dalam diam, Sulaiman menjalin hubungan cinta dengan Balqis. Sarafina pula tersepit dalam cinta tiga segi antaranya dirinya, Micky dan Karl. Maria pula berkenalan dengan Kamal, esksekutif di syarikat milik keluarganya menjalin hubungan cinta dengannya.

Datuk Mansoor, seorang usahawan terkenal yang popular dengan butik Idamannya, muncul dalam hidup Datin Rocky. Sejarah Datuk Mansoor yang banyak terlibat dengan kegiatan kongsi gelap menyebabkan hubungannya dan Datin Rocky dihalang oleh keluarga Firdaus. Selain itu, Nina, anak saudara Tengku Intan, menyimpan agenda tersendiri untuk keluarga Firdaus. Untuk itu, dia bekerjasama dengan Kamal yang kini telah berjaya menawan hati Maria. Di tengah-tengah kekalutan antara Keluarga Firdaus dan keluarga Mahzan serta individu yang ingin mengambil kesempatan, muncul Kristal Zazalina, seorang gadis Indonesia yang menyimpan dendam terhadap Datuk Mansoor.

Di pengakhiran, Balqis meninggalkan Sulaiman untuk berhijrah ke luar negara. Sarafina memilih Micky walaupun ditentang kuat oleh ibunya. Ketika majlis pembukaan dan perasmian kelab Micky, perbuatan khianat menyebabkan kelab malam itu terbakar...


MUSIM KEDUA

Ekoran daripada kebakaran kelab Malam Micky, Kristal menghilangkan diri, Tengku Intan koma manakala Karl terkorban. Sarafina menjalin hubungan yang serius dengan Micky. Namun, tumpuannya beralih pada Mark, penulis baru di syarikat majalah miliknya yang baru kematian isteri. Sulaiman yang masih menyendiri selepas hubungannya dengan Melissa, Joanna, Balqis dan Kristal, bertemu Sari Syuhada, seorang gadis cantik yang merupakan anak saudara kepada Rudy, kekasih lama Datin Rocky.

Kamal yang memiliki niat jahat terhadap keluarga Firdaus, bekerjasama bersama Zara. Dalam satu tragedi, dia bertemu Mila, dan terus bercadang untuk membantunya. Datuk Mansoor pula menghadapi konflik dengan beberapa pihak kongsi gelap lain iaitu kongsi gelap cina serta kongsi gelap dari Indonesia.

Kemunculan Faridah, isteri kepada Datuk Firdaus menyebabkan Datin Rocky terkejut bahawa dia telah dimadukan sebelum suaminya meninggal dunia. Apa yang lebih memeranjatkan, Sari Syuhada ialah anak Faridah dan Datuk Firdaus yang menjadikan dirinya adik kepada Sulaiman. Kejutan ini memberi tamparan hebat kepada keduanya.

Pada majlis amal Datin Rocky di sebuah hotel, konflik antara kumpulan kongsi gelap tercetus menyebabkan berlakunya tembak-menembak. Mila, Kamal, Zara, Sulaiman serta Datuk Mansoor terkena tembakan. Datin Rocky pula diserang sakit jantung...

Pelakon

[sunting | sunting sumber]

Musim 1

[sunting | sunting sumber]

Musim 2

[sunting | sunting sumber]


Musim 3

[sunting | sunting sumber]

Watak & perwatakan

[sunting | sunting sumber]

Musim 1

[sunting | sunting sumber]


Musim 2

[sunting | sunting sumber]


Musim 3

[sunting | sunting sumber]

Rujukan

[sunting | sunting sumber]