Rashid Sibir (lahir; 1967) merupakan seorang pengarah televisyen dan filem Malaysia.

Rashid Sibir
Kelahiran
Abdul Rashid bin Sibir

1967 (umur 56–57)
PekerjaanPengarah, penerbit, pelakon
Tahun aktif1992–kini
PasanganNurulhuda Azizi (k. 2007)

Beliau digelar Pengarah Air Mata kerana Rashid cukup dikenali sebagai pengarah yang berjaya menyentuh hati penonton dengan kisah-kisah sedih dalam dramanya.

Biografi

Beliau dilahirkan di Sungai Nibong, Semerah, Batu Pahat, Johor pada tahun 1967. Beliau mula mendapat perhatian ramai sewaktu menghasilkan drama bersiri Mat Despatch. Drama yang diterbitkan oleh Berjaya Filem itu telah disiarkan oleh RTM dari 1996 hingga 2002.

Pengarah yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran) dari UiTM ini, merupakan anak ke-11 daripada 13 beradik.

Filem pertama arahan Rashid ialah Sutera Putih. Filem itu telah mengangkatnya sebagai Pengarah Harapan pada Festival Filem Malaysia pada 1997. Persinggahan Abadi lakonan Susan Lankester dan Shaharuddin Thamby merupakan drama pertama arahan Rashid pada 1993.

Pada 31 Mac 2007, beliau semasa berumur 40 tahun menamatkan zaman bujang dengan berkahwin dengan Nurulhuda Azizi, 26 di USJ, Subang Jaya, Selangor.[1]

Tema dan gaya

Kebanyakan drama yang diarahnya lebih cenderung kepada tema kemasyarakatan yang mencukupi tema kemiskinan, kasih sayang dan kematian yang dapat membuat penonton berfikir.

Filemografi

Sebagai pengarah

Filem

Telefilem

Drama

Rujukan

Pautan luar