Mikail Andre ميكايل اندري | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad Mikail Andre bin Nazrul Andre 17 Julai 1992 |
Nama lain | Mika |
Pekerjaan | Pelakon, pengarah |
Tahun aktif | 2011–kini |
Terkenal kerana | Hantu Dalam Botol Kicap |
Pasangan | Siti Nur Aima Fauzi (k. 2017) |
Anak-anak | 1 |
Ibu | Khatijah Tan |
Bapa | Nazrul Andre Abdullah |
Saudara | Pierre Andre (abang) |
Mohammad Mikail Andre Nazrul Andre (Tulisan Jawi:ميكايل اندري, lahir 17 Julai 1992) merupakan seorang pelakon dan pengarah filem Malaysia dan anak kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan adik kepada pelakon dan pengarah terkenal, Pierre Andre. Beliau memulakan kerjayanya selepas menamatkan tempoh persekolahan menengahnya dengan membantu abangnya di belakang takbir set penggambaran filem.
Beliau dilahirkan pada 17 Julai 1992 di Kuala Lumpur, dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik kepada pelakon veteran Khatijah Tan dan suaminya, Nazrul Andre Abdullah yang berketurunan Perancis. Abang sulungnya ialah pelakon bertukar pengarah, Pierre Andre.[1]
Mikail Andre memulakan kerjaya lakonannya pada 2012 menerusi drama Rawan yang mana beliau menjayakan peranan utama bersama Faralyna Idris, Erin Malek dan Fadzil Zahari.[2][3] Pada tahun yang sama, beliau mempunyai peranan layar lebar pertamanya sebagai watak utama dalam filem seram komedi Hantu Dalam Botol Kicap arahan Azhari Zain.
Bekerja di bawah arahan abangnya, Pierre Andre, Mikail membintangi filem aksi seni mempertahankan diri 2013, 1 Lawan Satu yang mana watak utamanya sebagai Radhi, seorang pesilat yang terdesak mencari wang untuk membiayai kos perubatan adiknya, Sara (dibintangi oleh Puteri Balqis) yang menghidap penyakit leukemia. Filem ini turut dibintangi oleh Azlan Komeng dan Eyzendy Aziz.[4][5] Beliau juga membintangi drama Dewi Lasak juga arahan abangnya, lakonan Intan Ladyana, Bella Dally dan Atikah Suhaime.[6][7]
Mikail mempunyai peranan pembantu sebagai pegawai polis dalam filem komedi Islamik, Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang lakonan kumpulan Shiro (Ajak Shiro dan Shahrol Shiro) dan undangan khas Ustaz Azhar Idrus dan peranan utama dalam filem Highland Tower, sebuah filem seram yang berlatarkan tragedi Highland Towers.[8][9][10] Sekali lagi bekerja di bawah arahan abangnya, Mikail muncul dalam dua filem yang ditayangkan juga pada 2014—filem drama romantik Muka Surat Cinta (tajuk asal Perempuan Mukasurat Tujuh)[11][12] dan aksi pengembaraan Sniper.[13]
Mikail berkahwin dengan gadis pilihannya, Siti Nur Aima Fauzi pada 1 April 2017 selepas solat Asar di kediaman keluarga pengantin perempuan, di Alor Setar, Kedah.[14][15]
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2011 | Al-Hijab | Pelakon filem seram 4 | Filem pertama, pelakon undangan |
2012 | Hantu Dalam Botol Kicap | Azri | |
2012 | Taikun | Ahli Geng Black Rose | |
2013 | Dua Kalimah | Pian | |
2013 | 1 Lawan Satu | Radhi | |
2013 | Longkai | Bayam | |
2013 | Lagenda Budak Hostel | Tobek | |
2013 | Highland Tower | Mika | |
2013 | Tokak | Boy | |
2013 | Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang | Mat Polis | |
2013 | Kisah Paling Gangster | Romeo | |
2014 | Muka Surat Cinta | Putra | |
2014 | Sniper | Ahmad | |
2014 | Awak Nak Kahwin Dengan Saya? | Hairi | |
2014 | Cerita Hantu Malaysia | Aki | |
2020 | Superbike The Movie | Ketua Polis | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2016 | 13 Tiang Cinta | TVI | Juga sebagai pengarah | |
2016 | Cinta Sticky Note | Hypp Sensasi | ||
2017 | Jenayah Cinta | TVI |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Rawan | Dr. Amran | TV9 | |
2013 | Dewi Lasak | Andika | TV3 | |
2013 | Tanah Kubur (Musim 9) | Bob | Astro Oasis | Episod: "Jihad" |
2014 | Kalimah Jiwa | Salahuddin | TV3 | Penampilan khas |
2014 | Tanah Kubur (Musim 10) | Fadil | Astro Oasis | Episod: "Hanyut Iman" |
2014 | Kifarah (Musim 1) | Rafiq | TV3 | Episod: "Di Angin Lalu" |
2014 | Plan B | Inspektor Faris | ||
2014 | Couture Cintaku | Rodi | TV1 | |
2015 | Embok Belum Terbakar | Idrus | TV2 | |
2015 | Kasih Di Wajahmu | TV1 |
Tahun | Tajuk | Saluran TV | Episod | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Liga Lawak Superstar | TV3 | — | |
2015 | Kaki Bola | TV9 | — | |
2020 | Jom Berbuka | Episod 1 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2013 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2013 | Artis Baru Lelaki Popular | Tercalon |
2014 | Anugerah Meletop ERA 2014 | Tercalon |
Ia merupakan tragedi runtuhan satu daripada tiga blok kondominium 12 tingkat yang juga pertama dan terburuk negara apabila mengorbankan 48 nyawa.