Syurga Untukmu | |
---|---|
Genre | Melodrama Romantik Keluarga Konflik |
Pencipta | Syed Mohd Taufik Syed Abd Jalil |
Dibangunkan oleh | Lynda Sharudin |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Ayie Mustaffa |
Dibintangi oleh |
|
Lagu pembukaan | "Gundah" oleh Ernie Zakri |
Lagu penutup | "Gundah" oleh Ernie Zakri |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Nell Nazry |
Penerbit |
|
Penyunting |
|
Lokasi | |
Sinematografi |
|
Pemasangan kamera | Tetapan multi kamera |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Sha’s Media |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 14 Julai 2020 – 6 Ogos 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Rindu Yang Terindah |
Syurga Untukmu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 dibintangi oleh Diana Danielle dan Fahrin Ahmad.[1] Siri ini memulakan tayangan perdana di slot Samarinda TV3 dari 14 Julai 2020 hingga 6 Ogos 2020 menggantikan Rindu Yang Terindah.[2]
Buat pertama kali dalam sejarah televisyen Malaysia, konsep putar belit plot digunakan dalam jalan cerita drama ini.[3][4]
Syarikat Radin Holding dimiliki oleh Herman dan isterinya Mulyani. Adi, anak mereka diarahkan untuk mendapatkan tanah milik penduduk Kampung Indah bagi projek pembangunan syarikat. Hanya tanah milik keluarga Jamiliah sahaja yang belum dipersetujui oleh dipindah milik. Jamaliah mengalami lumpuh. Atiqah, anak gadis kepada Jamaliah bekerja sebagai guru tadika. Dia tidak bersetuju memberi kebenaran kerana arwah Haji Ismail (bapanya) berwasiat demikian sebelum meninggal. Bagaimanapun adiknya Intan telah mengambil deposit untuk menjual tanah tersebut dari broker tanah, dia tidak mahu lagi hidup dalam kesusahan. Atiqah memint Intan mengembalikan wang tersebut, ini menyebabkan berlakunya pergaduhan sesama mereka. Pak Din, penghulu kampung memujuk Atiqah supaya bersetuju dengan cadangan tersebut, namun Atiqah bertegas. Pada masa yang sama Hakimi anak kepada Pak Din berminat dengan Atiqah. Manakala Intan pula sukakan
Atikah marahkan Adi, Syarikat Radin Holding menyebabkan kesusahan penduduk kampung dan memaksa menjual tanah hak milik mereka. Atikah tidak bersetuju menjual tanah tersebut keranaa ini amanat arwah bapanya. Di KL, Adi mempunyai rakan baik bernama Lestari semenjak dari zaman persekolahan lagi. Mulyani (ibu Adi) rakan baaik kepada Hamidah (ibu Lestari) bercadang menjodohkan Adi dengan Lestari. Bagaimanapun Adi menolaknya. Manakala Pak Din berjumpa dengan Jamaliah untuk melamar Atiqah untuk dijadikan isteri Hakimi. Intan yang mendengarnya berasa cemburu, dia perlu bertindak segera, lalu memberitahu Adi.
Hakimi telah berpakat dengan Eizlan, seorang broker tanah melakukaan kerjaa jahat tersebut. Eizlan mahu mendapatkan jawatan sebagai CEO dalam syarikat Radin Holding milik bapa Adi. Adi masih merahsiakan dirinya anak kepada pemilik syarikat Radin Holding. Adi bercadang rumah Atiqah akan dijadikan pusat CSR. Adi semakin rapat dengan Atiqah, manakala Hakimi mulai cemburu melihat perhubungan mereka. Satu kampung kecoh memperkatakan hubungan Atiqah dengan Adi.
Syurga Untukmu pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada Mei 2020. Namun ditangguhkan berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan yang dijalankan di seluruh negara akibat penularan pandemik COVID-19 yang turut menyebabkan pemberhentian sementara aktiviti penggambaran filem dan drama. Tayangan perdana rasmi drama ini bermula pada 14 Julai 2020.