Papa Nak Menantu
GenreCinta
Komedi
Romantik
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Papa Nak Menantu karya Hasrudi Jawawi
Ditulis olehMufiz Suhaimi
PengarahMurali Abdullah
Chad Abd Rahman
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanJatuh - Sissy Imann
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
Bilangan episod20 episod
Penerbitan
Penerbit eksekutifMuhamad Norazhar Baharuddin
PenerbitMd Fadzil Teh
PenyuntingWan A. Ruzwan
Panjang
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Zeel Production Sdn.Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Dahlia)
Siaran asal4 Februari 2018 – 1 April 2018
Kronologi
MengikutiMisi Laksa dan Laksam
Diikuti olehMak Cun 4

Papa Nak Menantu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan bersama Murali Abdullah dan Chad Abd Rahman, di bintangi oleh Aman Graseka, Hafidz Roshdi dan Jaja Iliyes. Siri ini memulakan tayangan di Slot Dahlia TV3 4 Februari 2018 mengantikan Misi Laksa dan Laksam. [1]

Sinopsis

Kisah Pak Saad (Aman Graseka) yang mahukan anak tunggalnya, Syahirah (Jaja Iliyes) mencarikannya menantu sebelum dia berusia 50 tahun dek kerana sikap anaknya itu seorang yang kasar, pemalas, keras kepala dan sukar untuk dikawal. Dalam masa yng sama, Pak Saad mengugut Syahirah jika hasratnya tidak ditunaikan maka anaknya itu akan dikahwinkan dengan Pak Mat Tempe (Fendi Sman) yang sudah berusia 55 tahun.

Teryata ugutan itu menakutkan Syahirah. Bermula saat itu, dia tertungkus lumus mencari calon suami seperti yang dipinta oleh ayahnya. Pencariannya itu turut dibantu oleh rakan baiknya Syakir (Afiq Anuar) dan Nabila (Iqa Roslan). Namun dalam pencarian tersebut, pelbagai perkara yang berlaku sehingga dia bertemu dengan Azrin Aidil (Hafidz Roshdi) seorang jurulatih di gim yang akhirnya membuat dia benar-benar jatuh cinta.

Pelakon

Rujukan

  1. ^ "Papa Nak Menantu (TV3)". MyInfotaip. 3 Februari 2018.