Seindah Takdir Cinta (drama) | |
---|---|
Genre | Drama Cinta Konflik Agama |
Pencipta | Kamsiah Abu |
Ditulis oleh | Mufid Shuhaimi |
Pengarah | Zul Huzaimy |
Dibintangi oleh | Amyra Rosli Saharul Ridzwan Redza Rosli |
Lagu pembukaan | Takdir Cinta - Fauziah Latiff |
Lagu penutup | Takdir Cinta - Fauziah Latiff |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Syarikat pengedaran | Zeel Production Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 Slot Akasia |
Siaran asal | 25 Mei 2016 – 12 Julai 2016 |
Seindah Takdir Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2016 arahan Zul Huzaimy, diadaptasi daripada novel 2013 dengan tajuk yang sama karya Kamsiah Abu terbitan Buku Prima. Drama ini dibintangi oleh Saharul Ridzwan, Amyra Rosli dan Redza Rosli. Drama ini memulakan tayangan perdana Slot Akasia TV3 menggantikan drama Duda Terlajak Laris. [1]
Mia Karmila, seorang gadis yang biasa hidup dengan cara moden dan penuh kemewahan, langsung tidak menyangka pertemuannya dengan seorang pemandu teksi bernama Ustaz Shariman yang telah berjaya merubah keseluruhan cara hidupnya. Melalui beberapa pertemuan yang tidak pernah dirancang telah membenihkan bibit-bibit cinta yang tulus dalam hati mereka.
Adrian, lelaki yang maco, bergaya dan kaya-raya, terus tidak berputus asa untuk mendapatkan Mia Karmila sebagai kekasihnya yang dapat memenuhi kerakusan nalurinya, walaupun ramai perempuan lain bersedia untuk memenuhi segala kehendaknya.
Perubahan sikap Mia Karmila benar-benar mencabar kelelakian Adrian sehingga dia bertekad, walau apapun syarat yang diminta Mia Karmila, Adrian tidak akan peduli. Yang pasti Mia Karmila menjadi miliknya. Dalam kepayahan dan kepiluan yang mencengkam jiwa, Mia Karmila terpaksa juga menerima ijab kabul Adrian apabila lelaki itu telah berjaya memenuhi setiap syarat yang dipintanya. Pilu di hati Mia Karmila bertambah parah apabila mengetahui Shariman adalah dalang yang membolehkan Adrian menikahinya.
Siapakah Shariman sebenarnya?
Bagaimanakah Mia Karmila dapat meneruskan kehidupan hariannya bersama Adrian apabila Shariman juga sentiasa ada bersama mereka? Dapatkah Mia Karmila ataupun Shariman memadamkan rasa cinta yang pernah hadir dalam hati mereka?
No. | Tajuk | Artis | Masa | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1. | "Takdir Cinta" | Fauziah Latiff | 3:54 | |||||||
Jumlah masa: --:-- |
: Akasia Isnin–Khamis, 6.58 petang | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Seindah Takdir Cinta | Berikutnya |
Duda Terlajak Laris | Sayangku Kapten Mukhriz |