Chinta
Ditulis olehAzlina Pa'Wan
PengarahFeroz Kader
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Khatimah Cinta" oleh 6ixth Sense
Lagu penutup"Khatimah Cinta" oleh 6ixth Sense
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod28
Penerbitan
Penerbit eksekutifJalena Rejab
PenerbitAhmad Puad Onah
PenyuntingNanni Johari
Lokasi
Tempoh siaran42–43 minit
Syarikat penerbitan
Grand Brilliance
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Siaran asal27 September 2010 – 14 November 2010
Kronologi
MengikutiEpilog Syurga Cinta
Diikuti olehSeribu Kali Cinta

Chinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2010 arahan Feroz Kader, yang dibintangi oleh Fasha Sandha sebagai watak tajuk bersama Adi Putra (memegang dua watak yang berbeza) dan turut dibarisi oleh Farahdhiya, Azhar Sulaiman, Ezany Nizariff, Zarynn Min, Natasha Hudson dan Zain Saidin. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 27 September 2010 hingga 14 November 2010 menggantikan Epilog Syurga Cinta dan digantikan oleh Seribu Kali Cinta.[1]

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]

Sinopsis

Chinta (Fasha Sandha)...satu nama yang tidak asing di kalangan elit yang mengunjungi syurga terlarang. Cantik, anggun, peramah, bijak, Chinta tahu menggunakan aura tarikan dan kelebihannya untuk memikat lelaki-lelaki yang hanya mahukan tubuhnya.

Namun, Chinta tidak akan membiarkan dirinya menjadi milik hakiki pada sesiapa kerana dia tidak suka terikat. Sesiapa jua boleh memilikinya sekiranya mampu, tetapi hanya buat seketika. Chinta nekad untuk mengharungi hidup sendirian sebagai kupu-kupu malam walaupun hatinya sangat bencikan kaum lelaki yang menjadikan nasib dirinya begini. Jadi tidak hairanlah, selama ini hatinya tidak pernah terbuka kerana dia tidak pernah percayakan pada perasaan cinta.

Tapi semua itu hilang apabila dia bertemu dengan Amar (Adi Putra) yang merupakan salah seorang bodyguard kepada Tuan Osman Kabilah, jutawan yang banyak membantu Chinta walaupun Chinta selalu merasakan dirinya sering terkongkong oleh Tuan Osman. Amar dirasakan tidak sama seperti lelaki-lelaki yang pernah di temuinya dan tanpa disedari, Chinta mula menyayangi jejaka yang begitu menghormati dirinya walaupun dirinya tidak semulia perempuan lain. Malangnya, Amar ditimpa kemalangan dan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk majlis pernikahan mereka.

Setahun Chinta mengurungkan dirinya kerana belum bersedia untuk menghadapi dunia yang telah merampas cinta miliknya. Chinta kembali menjadi puteri dari kayangan yang menghiasi mimpi indah para jutawan tetapi dia bersumpah untuk tidak lagi membiarkan dirinya mengharungi kesakitan yang sama setelah kehilangan Amar.

Satu hari, Chinta terpaksa mendapatkan khidmat peguam syariah bila dia ditangkap khalwat. Alangkah terkejutnya dia apabila pertama kali bertemu dengan peguam belanya, Rasul Iman (juga Adi Putra) yang wajahnya seiras Amar biarpun Rasul Iman berambut pendek dan tidak bermisai seperti arwah tunangnya itu. Berbeza dengan Amar, Rasul Iman dilihat lebih alim dan mementingkan agama dalam kehidupan. Chinta nekad, dia harus memiliki Rasul Iman yang dianggapnya sebagai peluang kedua untuk dirinya mengecapi kebahagiaan sebagai seorang isteri yang halal, sekaligus meninggalkan kehidupannya yang selama ini jauh daripada agama. Tapi bagaimana? Sudikah seorang lelaki professional dan dihormati seperti Rasul Iman mengangkat dirinya ke tahap yang lebih tinggi dari hanya seorang anak guam bela, atau lebih tepat, pelacur?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Undangan khas

Rujukan

  1. ^ Budiey (25 September 2010). "Fasha Sandha dalam drama Chinta". Sensasi Selebriti. Dicapai pada 18 April 2013.
  2. ^ Chinta (2010): Episod Penuh. YouTube. TV3. Dicapai pada 5 Julai 2018.

Pautan luar

TV3: Akasia, Isnin–Khamis, 6.30 petang
Sebelumnya Chinta Berikutnya
Epilog Syurga Cinta (2 Ogos 2010 – 23 September 2010) Seribu Kali Cinta