Keliwon | |
---|---|
Pengarah | Rashid Sibir |
Lagu pembukaan | "Jangan Kau Pergi" oleh Farawahida |
Negara asal | ![]() |
Bilangan episod | 26 |
Syarikat penerbitan | Rashbir Media |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Seram) |
Siaran asal | 5 Februari 2009 – 30 Julai 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Puaka Niyang Rapik |
Diikuti oleh | Tower 13 |
Keliwon ialah sebuah siri himpunan cerita rakyat seram TV Malaysia yang ditayangkan dalam slot Seram TV3 pada awal tahun 2009. Inilah drama seram pertama yang diarah oleh Rashid Sibir sepanjang kerjayanya.[1][2] [3]
Kelainan Keliwon adalah sebagai himpunan beraneka cerita hantu yang menyiarkan satu cerita berbeza setiap episod, berbeza dengan drama slot Seram lain yang berbentuk satu cerita dalam berbilang episod. Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama, Pn Nurul Aini Abu Bakar, " "Ini merupakan percubaan pertama TV3 bagi membawa kelainan dengan menampilkan pelbagai cerita dalam slot seram ini."[1][2] Tajuk Keliwon berasal dari nama satu hari dalam kitaran Pasaran lima hari dalam kalendar Jawa, yang mana adalah dipercayai bahawa makhluk halus akan muncul untuk merayau dan mengacau orang ramai ketika Keliwon bertindih dengan hari Jumaat.
TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Keliwon | Berikutnya |
Puaka Niyang Rapik | Tower 13 |