Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung | |
---|---|
Genre | Drama, komedi |
Ditulis oleh | Wan Mahani Wan Hassan Amar Abd. Aziz (cerita asal) |
Pengarah | Khalid Nadzri |
Dibintangi oleh | Hafidz Roshdi Risteena Munim Noorkhiriah Ezany Nizariff Jalil Hamid |
Lagu pembukaan | "Ahmad" oleh Arrora Salwa |
Lagu penutup | "Ahmad" oleh Arrora Salwa |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Mohd Norazhar Baharuddin |
Penerbit | Fadzil Teh |
Tempoh siaran | 20 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 7 Ogos 2018 – 10 September 2018 |
Kronologi | |
Mengikuti | Shah & Zam |
Diikuti oleh | Budak Usin |
Ahmad Rosli Arwahkan Ketua Kampung merupakan sebuah siri drama televisyen komedi Malaysia 2018 arahan Khalid Nadzri, lakonan Hafidz Roshdi, Risteena Munim, Noorkhiriah dan Ezany Nizariff. Ia mengisahkan Ahmad Rosli yang secara tak sengaja telah terbunuh Pak Longnya pada majlis pernikahan Pak Long dengan Aisyah. Siri ini memulakan siaran di Slot Iris TV3 bermula 7 Ogos 2018, menggantikan Shah & Zam.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Ahmad Rosli pulang ke Malaysia untuk meraikan majlis pernikahan Pak Longnya. Malangnya majlis yang belum sempat berlangsung itu bertukar menjadi tragedi apabila Pak Long meninggal dunia akibat serangan jantung setelah disergah oleh Ahmad yang mahu bergurau dengannya. Kebetulan Pak Long yang merupakan ketua kampong ada tinggalkan wasiat untuk Ahmad. Ahmad diamanahkan untuk membuat seluruh penduduk kampong berjemaah di masjid 5 waktu sehari, khatam Quran dan belajar tafsir Quran. Untuk berjaya, Ahmad perlu meyakinkan tiga orang yang paling berpengaruh di kampong – Sarjan Hisyam iaitu ketua Geng Takut Bini yang merangkumi 40% penduduk kampong, Senah iaitu ketua Geng Gosip yang merangkumi 40% penduduk kampong dan Geng Buskers (pemuzik buta) yang merangkumi 20% penduduk. Masalah utama Ahmad ialah Sarjan, Senah dan Geng Buskers semua bencikan dia kerana “membunuh” ketua kampong. Dengan bantuan Aisyah, bakal isteri arwah Pak Long, Ahmad terpaksa bergadai wang dan maruah untuk menunaikan wasiat Pak Long tapi akhirnya berjaya; wasiat terlaksana, Ahmad menjadi muslim yang baik dan dia dan Aisyah menjadi suami isteri.