Ryan Aralyn | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Panel Skrip Qaisworks Sdn Bhd |
Pengarah | Riza Baharudin |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Penat" oleh Andi Bernadee |
Lagu penutup | "Entah Apa" oleh Sarah Suhairi & Aepul Roza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit | Yaya Abu Bakar |
Lokasi |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Qaisworks Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 25 September 2020 – 3 November 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Pengantin Satu Malam |
Diikuti oleh | Cinta Sekali Lagi |
Ryan Aralyn merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Riza Baharudin dibintangi oleh Zul Ariffin dan Raysha Rizrose,[1] bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel termasuk Fify Azmi, Shah Iskandar, Raja Azura dan Aishah Atan.[2] Drama ini memulakan tayangan perdana di slot Akasia TV3 bermula pada 25 September 2020 menggantikan Pengantin Satu Malam.[3]
Kesusahan Ryan dalam menjaga nenek Salmah, Amir dan perangai Hanis yang keras kepala. Ryan ada pendirian, walaupun dibesarkan dalam keluarga susah, dia tetap tahu yang mana baik dan buruk. Hanis pulang ke rumah pada malam dan dia keluarkan ujian kehamilan. Dia disahkan hamil dan mula resah.