Bonda | |
---|---|
Genre | Drama, konflik, keluarga |
Pengarah | Azman Yahya |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Prasasti Cinta" oleh Eira Syazira |
Lagu penutup | "Prasasti Cinta" oleh Eira Syazira |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Sheila Rusly |
Sinematografi | Malek Marwi |
Tempoh siaran | 39–40 minit |
Syarikat penerbitan | JS Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 12 April 2012 – 16 Mei 2012 |
Kronologi | |
Mengikuti | Ampunkan Dosaku |
Diikuti oleh | Suri |
Bonda ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 dibintangi oleh Eira Syazira, Normah Damanhuri dan Hairi Safwan. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Azalea TV3 dari 12 April 2012 hingga 16 Mei 2012 menggantikan Ampunkan Dosaku.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Mengisahkan kasih sayang seorang ibu tunggal bernama Rohani yang sanggup berkorban demi anak-anaknya (Shasha dan Khasah) dengan memenuhi segala permintaan anak-anaknya. Namun segala pengorbanan dan kasih sayangnya tidak dibalas dengan setimpal apabila Shasha malu dengan latar belakang keluarganya dan menjadi anak derhaka.