Lelaki Lingkungan Cinta | |
---|---|
Genre | |
Berdasarkan daripada | Adaptasi Novel Lelaki Lingkungan Cinta karya Lily Haslina Nasir |
Ditulis oleh | Marr Mohammad |
Pengarah | Emi Suffian |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Siapa Tak Mahu" oleh Siti Nurhaliza |
Lagu penutup | "lDR"- oleh Naim Daniel & Daiyan Trisha |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit | Fadzil Teh |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Zeel Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 21 Oktober 2020 – 25 November 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kampung People 2 |
Diikuti oleh | Sang Pewaris |
Lelaki Lingkungan Cinta ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Emi Suffian dibintangi oleh Naim Daniel, Shasha Abedul, dan Ismail Izzani. siri ini memulakan tayangan perdana di slot Lestary TV3 bermula 21 Oktober 2020 menggantikan Kampung People 2.[1][2]
Adib (Naim Daniel), seorang jejaka lepasan SPM yang nakal mencuba untuk menawan hati si jelita, Esya (Shasha Abedul). Mereka dihantar ke sebuah kem jati diri di Gopeng, Perak oleh keluarga mereka sebagai aktiviti mengisi masa lapang mereka.
Adib telah jatuh hati pandang pertama kepada Esya semenjak waktu pendaftaran lagi. Dia telah mencuba pelbagai helah dan ‘pickup-line’ untuk menambat hati Esya, tetapi gagal. Ini kerana Esya sentiasa dijaga oleh sahabat baiknya yang sentiasa sibuk dengan media sosial, Maria (Cik B) dan sepupu Esya yang ‘over protective’ iaitu Zambri (Ismail Izzani).
Walaupun Esya tidak melayannya, Adib tidak pernah menyerah kalah. Malahan Adib telah mengatur pelbagai strategi agar dia boleh mendekati Esya. Keadaan menjadi semakin rumit apabila Zambri yang sebenarnya menyimpan perasaan terhadap Esya, mula menunjukkan perasaan cemburu.
Esya pula mula membenci dan meluat dengan perangai Adib yang kebudak-budakan. Esya pernah memarahi Adib agar Adib hentikan cubaannya untuk memikatnya, tetapi ia hanya meningkatkan daya pemikiran ‘kreatif’ Adib untuk mengenakan Esya. Akhirnya Esya dan Adib berkahwin. Namun rumah tangga mereka goyah apabila Zambri mula mendekati Esya