Ketupat Palas Mr. Handsome | |
---|---|
Genre | Komedi romantik |
Pengarah | Yeop Hitler Zami |
Dibintangi oleh | Fattah Amin Mira Filzah |
Lagu pembukaan | "Mati Hidup Semula" oleh Aizat Amdan |
Lagu penutup | "Mati Hidup Semula" oleh Aizat Amdan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 40 minit |
Syarikat penerbitan | Country & Universal |
Syarikat pengedaran | Primeworks Studios |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 23 Jun 2016 – 22 Julai 2016 |
Kronologi | |
Mengikuti | Mak Cun 2 |
Diikuti oleh | Mariam Alisa |
Ketupat Palas Mr. Handsome ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2016 yang disiarkan di TV3 menerusi Slot Lestary mulai 23 Jun 2016 hingga 22 Julai 2016. Drama arahan Yeop Hitler Zami ini dibintangi oleh Fattah Amin dan Mira Filzah.[1]
Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[2]
Kruz berasal dari keluarga berada. Dia telah memenangi pertandingan Mr. Handsome yang dianjurkan oleh satu majalah ternama. Namun apa yang tidak diketahuinya adalah sebagai pemenang, dia perlu melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan di sebuah kampung yang terpencil sepanjang bulan Ramadan. Di hadapan kamera, dia akan berlakon mengerjakan tugasannya, namun di belakang kamera dia menyuruh pembantunya, Jintan Manis lakukan tugasannya. Kemudian dia bertemu dengan Ayu dan jatuh hati kepadanya. Ayu tidak seperti bekas kekasihnya kerana Ayu pintar, sopan dan cantik luar dan dalam. Secara perlahan-lahan, Kruz berubah menjadi lebih baik. Namun, kerana Salah faham, Ayu memikirkan yang Kruz hanyalah ingin memainkan perasaaanya sahaja.
Lagu tema drama ini ialah "Mati Hidup Semula" dendangan Aizat Amdan.
TV3: Lestary, Rabu–Jumaat, 9.00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Ketupat Palas Mr. Handsome | Berikutnya |
Mak Cun 2 | Mariam Alisa |