Raisha | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Mufid Suhaimi Next Scene Team |
Pengarah | Nizam Zakaria |
Dibintangi oleh | Diana Danielle |
Lagu pembukaan | "Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar |
Lagu penutup | "Bukan Aku" oleh Tasha Manshahar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 26 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Vareen Kaur Dato' Sadupal Singh |
Penerbit | Dato' Sri Jaspal S. Korotana |
Lokasi |
|
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | OrangeTree Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 21 September 2017 – 21 Disember 2018 |
Raisha ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Nizam Zakaria dibintangi oleh Diana Danielle bersama-sama dengan barisan pelakon ensembel. Musim pertama drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 dari 21 September 2017 hingga 9 November 2017 menggantikan Miss Kapten Cikgu Waiz dan digantikan oleh Cinta Hati Batu.[1] Musim keduanya disiarkan serentak di TV3 dan Tonton pada 5 Disember 2018 sehingga 21 Disember 2018 menggantikan Cinta Lemon Madu dan digantikan oleh Aku Cinta Dia.[2][3][4]
Kedua-dua musim siri drama ini juga boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[5][6]
Siri | Episod | Tayangan asal | ||||
---|---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | Rangkaian | ||||
1 | 13 | 21 September 2017 | 9 November 2017 | TV3 | ||
2 | 13 | 5 Disember 2018 | 21 Disember 2018 |
Rencana utama: Raisha (musim 1) |
Mengisahkan seorang gadis materialistik yang bernama Raisha (Diana Danielle). Raisha telah dilahirkan dari keluarga yang serba kesusahan. Ibu bapanya, Samsudin dan Arfah (Rahim Jailani dan Laila Nasir) yang telah berkahwin beberapa tahun, menghadapi kesusahan untuk mendapat zuriat. Namun, setelah berjaya melahirkan Raisha, Arfah ditimpa kemalangan dan meninggal dunia. Tragedi ini memberi impak yang amat dalam kepada Raisha.
Rencana utama: Raisha (musim 2) |
Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang begitu dahagakan populariti. Beliau yang sebelum ini mempunyai seorang anak lelaki, Qayyum hasil dari perkahwinannya bersama Reymy kemudiannya berkahwin dengan Fuad, seorang usahawan muda yang juga sahabat karibnya semenjak bangku sekolah. Setiap perniagaan pastinya melalui beribu cabaran dan Fuad tidak terkecuali. Apabila pendapatan perniagaan Fuad semakin merosot, Raisha merasakan dia perlu mengejar cita-citanya kembali untuk meningkatkan populariti.
Rencana utama: Raisha (musim 3) |
Mengisahkan tentang Raisha seorang wanita yang telah insaf dan telah berjanji akan bertaubat.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018[7] | Drama Rantaian Terbaik | Tercalon |