Wadi | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh | Mahizan Hussein |
Pengarah | Heykal Hanifah |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 40–42 minit |
Syarikat penerbitan | Luqsar Kreatif |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | 480i (SDTV) 1080i (HDTV) |
Format audio | Stereo |
Siaran asal | 26 Jun 2015 – 9 Oktober 2015 |
Kronologi | |
Mengikuti | Puteri Bukan Nama Sebenar |
Diikuti oleh | Kifarah Mistik |
Wadi merupakan siri drama televisyen Malaysia 2015 arahan Heykal Hanifah terbitan Luqsar Kreatif Sdn. Bhd. Dibintangi oleh Syafie Naswip dan Ardell Aryana, siri ini bersiaran di Slot Zehra TV3 dari 26 Jun 2015 hingga 9 Oktober 2015 menggantikan Puteri Bukan Nama Sebenar.[1]
Wadi mengisahkan seorang remaja berumur 17 tahun bernama Wadi yang hidup bersama ibu tiri dan dua adik kandung perempuan berlainan ibu. Kehidupan mereka susah sekaligus membuatkan Wadi hidup dalam serba kekurangan. Dia juga selalu dihantui rasa bersalah disebabkan kematian ayahnya yang berpunca daripada sikap pentingkan dirinya sendiri. Zainah, ibu tirinya selalu menyalahkan Wadi kerana menyebabkan kematian suaminya Bakri (ayah Wadi). Bakri meninggal dunia semasa hendak membeli kasut spike olahraga untuk Wadi biarpun ketika itu dia tidak berduit. Wadi memahami kesusahan ayahnya dan bercadang untuk kerja secara sambilan bagi mencari duit untuk membeli kasut yang diperlukan tetapi tidak dibenarkan oleh ayahnya.[2]