Afieq Shazwan | |
---|---|
Kelahiran | Mohammad Shafieq Shazwan bin Zamros 5 September 1997 |
Pendidikan | Ijazah Perniagaan |
Pusat pendidikan | Management & Science University (MSU) |
Pekerjaan | Pelakon, penyanyi, pengacara |
Tahun aktif | 2008–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FMC Music |
Mohammad Shafieq Shazwan Zamros (lahir 5 September 1997) atau lebih dikenali sebagai Afieq Shazwan (Jawi: آفق شذوان) merupakan seorang penyanyi, pelakon dan pengacara Malaysia. Beliau meraih kejayaan apabila mara ke peringkat akhir Idola Kecil musim pertama di TV3 pada 2008. Afieq juga paling dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan TV realiti Big Stage Musim Pertama di Astro Ceria pada 2018, di mana beliau berjaya memenangi tempat ketiga.[1][2] Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama TV termasuk Elly & Epit (2013), Wadi (2015) dan Miss Kapten Cikgu Waiz (2017).
Pada tahun 2008, pada usia 11 tahun dan menduduki Darjah 5, Afiq memulakan kerjaya hiburannya dengan menyertai rancangan realiti Idola Kecil di TV9 dan berjaya ke peringkat akhir. Selepas itu, beliau mula mengorak langkah ke Pentas Mystarz Oolala hingga ke peringkat akhir.
Beliau mula bergiat aktif dalam aktiviti seni apabila berjaya memegang watak Tun Dr Mahathir Mohamad sewaktu kecil di Teater Tun Mahathir 1 dan 2 yang merupakan antara teater terbaik di Malaysia gandingan bersama Erra Fazira, Zizan Nin dan lain-lain.[3]
Afieq menyertai pertandingan Big Stage musim pertama dan bersaing bersama rakan-rakan BBNU (Budak Baru Nak Up) bagi menempa nama dalam industri muzik tanah air. Peserta yang terlibat termasuk Sissy Imann, Ariff Bahran, Sarah Suhairi, Andi Bernadee, Tajul Ariff, Syafiq Farhain, Baby Shima, Fara Hezel dan Wani Kayrie.[4] Big Stage musim pertama mengangkat Afieq selaku pemenang tempat ketiga. Beliau membawa pulang wang tunai RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.[5]
Pada Disember 2019, Afieq melancarkan single terbaharu, "Lelaki Di Telefon".[6][7]
Berikut ialah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan Big Stage:[8]
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Viral | "Seandainya" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Lit Throwback | "Alasanmu" | Exists | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Sama-sama Up | "Selamat Tinggal Sayang"
(duet bersama Haqiem Rusli) |
Haqiem Rusli | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Tapi Bukan Aku | "Treasure" | Bruno Mars | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Hot List Digital | "Lebih Sempurna" | Syamel | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Siti Nurhaliza | "Jadi Aku Sebentar Saja" | Judika | TERSELAMAT |
"Jampi"
(duet bersama Wani Kayrie) |
Hael Husaini | TERSELAMAT | ||
Minggu 7 | Road To Final | "Melompat Lebih Tinggi" | Sheila on 7 | TERSELAMAT |
"Muara Hati"
(duet bersama Siti Nordiana) |
Siti Nurhaliza & Hafiz Suip | TERSELAMAT | ||
Minggu 8 | Cover Penentuan & Lagu Baru | "Footloose" | Kenny Loggins | TEMPAT KETIGA |
"Darjat" | Dirinya sendiri |
Afieq ialah pelajar Ijazah Perniagaan di Management & Science University (MSU).[9]
Ia telah dihebahkan di media pada Disember 2019 bahawa Afieq menjalin hubungan dengan rakan seperjuangannya dalam Big Stage musim pertama, Wani Kayrie.[10] Wani dilaporkan telah mengakui memiliki beberapa ciri pasangan impiannya.
Tahun | Tajuk lagu |
---|---|
2018 | "Seandainya" |
"Darjat" | |
2019 | "Lelaki Di Telefon" (Duet bersama Malik Abdullah) |
2020 | "Gerak Lu" (Duet bersama Malik Abdullah) |
2021 | "Malam Semakin Dingin" (Duet bersama Tajul) |
"Layu Di Hujung Mekar" | |
2022 | "Resah Kerinduan" (Duet bersama Tajul) |
"Mengusung Rindu" (Duet bersama Tajul, Haqiem Rusli & Zack Zakwan | |
"Cinta Hanya Buatan" (Duet bersama Muna Shahirah) | |
"Di Alam Fana Cintamu" (Duet bersama Haqiem Rusli) | |
2023 | "Rindunya Rindu" |
"Dimana Janjimu Dulu (Duet bersama Tajul) | |
"Insanku Sayang Kini Menghilang" (Duet bersama Tajul) | |
2024 | "Langkah Seiringan" (Duet bersama Asyraff Khan) |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | Siapa Tutup Lampu? | Amar | Filem pertama |
2024 | Saka Perawan | Ustaz Dani | |
TBA | Siapa Tutup Lampu? 2 | Amar |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2008 | Idola Kecil Cindarella Stories | Afiq | TV9 | Pelakon Utama |
2011 | Idola Kecil The Series | Pelakon Sampingan | ||
Muzikal Tun Mahathir | Tun Mahathir kecil | |||
Elly & Epit (Musim 1) | Epit | Astro Ceria | ||
2013 | Elly & Epit (Musim 2) | |||
2014 | Azam Ramadan Su | Afiq | TV3 | |
2015 | Destinasi G4 | Afieq | TV9 | |
Wadi | Afiq | TV3 | ||
2016 | 7 Hari Mencintaiku | Khuzairi remaja | ||
2017 | Miss Kapten Cikgu Waiz | Kamarul | ||
2019 | Dia Yang Ku Cinta | Iman | Pelakon Sampingan | |
Cerita Hantu Asrama | Apek | Astro Prima | ||
2021 | Pak Kodi 5G (Musim 1) | TV3 | Pelakon Undangan | |
Diari Seorang Suami | Hairi | |||
2022 | Republic Gombak | Ngah Gombak | ||
Rampas Cintaku | Rizal | IQIYI | ||
2024 | Rampas Cintaku 2 | |||
Elly & Epit (Musim 3) | Epit | Astro Ceria | Pelakon Kembali |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2012 | Aku Mahu Terbang | Rezki | TV3 |
2019 | Cikgu Praktikal | Azim | TV Okey |
Geng Big Stage Beraya | Afieq | Astro Ria | |
2022 | Rock Sampai Jannah | TV2 |
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2018 | Big Stage 2018 | Peserta | Astro Ria | Tempat ke-3 |
2020 | Persona XY | Penampilan Khas | Berita RTM | |
Selamat Malam Malaysia | bersama Wani Kayrie | |||
Konsert Kita Merdeka 1957 2020 | Pengacara | TV1 | bersama Neeta Manishaa | |
Vokal Mania | Peserta | TV3 | ||
2022 | Talent Teens | Pengacara |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2012 | Dunia Eicak | Eicak | TV3 | Pelakon Suara |
UPSR Bahasa Melayu | Bob | Astro Tutor TV |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |
2023 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 | Penyanyi Lelaki Popular | Tercalon |