Hanie Soraya | |
---|---|
Nama lahir | Hanie Soraya binti Taha |
Kelahiran | Kuala Lumpur, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 16 Januari 1994
Genre | Pop, R&B |
Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu |
Instrumen | Vokal, gitar |
Tahun aktif |
|
Syarikat rakaman | Faithful Music (2014–2015) |
Hanie Soraya Taha (lahir 16 Januari 1994) merupakan seorang penyanyi dan penulis lagu Malaysia, beliau terkenal dengan lagu nyanyiannya termasuk "Hujung Dunia" dan "Pantas".[1] Pada tahun 2020, Hanie merupakan salah seorang daripada 12 peserta rancangan pertandingan nyanyian Big Stage musim ketiga.[2]
Hanie Soraya memulakan kerjaya muziknya selepas ibunya membawanya bertemu Faizal Tahir, seterusnya menandatangani kontrak sebagai artis pertama untuk syarikat rakaman Faithful Music milik Faizal. Bakat Hanie terserlah semasa menyertai audition Mentor pada tahun 2012 di mana Faizal adalah juri untuk rancangan tersebut. Hanie berjaya dipilih top two oleh Faizal dan pihak TV3. Pada tahun 2014, Hanie meraih kejayaan komersial menerusi lagu "Hujung Dunia". Muzik videonya telah meraih 700,000 tontonan di YouTube.[3] Pada tahun berikutnya, Hanie muncul dengan dua single serentak, "Rasa Sayang" dan "Pantas".[4]
Beliau juga pernah menyertai Koir Kebangsaan Kanak-Kanak di bawah bimbingan penyanyi Syafinaz Selamat ketika berusia 11 tahun. Hanie juga pernah dipilih menjayakan pementasan teater teater muzikal kanak-kanak Ali Baba yang berlangsung di Istana Budaya. Beliau merupakan antara empat peserta yang terpilih merakamkan lagu sepanjang persembahan berlangsung.[5] Hanie juga pernah dipilih menyertai American Foreign Students Exchange (AFS).[5]
Hanie Soraya menyertai Big Stage musim ketiga yang bersiaran di Astro Ria. Beliau tersingkir di minggu kedua konsert.[6][7][8] Berikut ialah senarai persembahan beliau:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Starter Pack | "Hujung Dunia" | Dirinya sendiri | SELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | “Ku Bahagia” | Melly Goeslaw | TERSINGKIR |
Beliau merupakan lulusan di Universiti Mansoura, Mesir dan diiktiraf sebagai doktor.[9][10][11][12]
Tahun | Tajuk | Sebagai | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Ema Emyliana (Musim 2) | Dirinya Sendiri | TV3 | Penampilan khas |