Kucaimars | |
---|---|
Kelahiran | Amirul Husyairi bin Nani 18 September 1997 |
Pekerjaan | Penyanyi , pelakon |
Tahun aktif | 2018–kini |
Amirul Husyairi Nani atau lebih dikenali sebagai Kucaimars (lahir 18 September 1997) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Memulakan kerjaya muziknya pada usia 15 tahun,[2] beliau ialah peserta Big Stage musim kedua.
Kucaimars dilahirkan pada 1997 di Negeri Sembilan dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Nani Sakam, seorang ahli perniagaan dan Misah Mustafa, seorang guru. Beliau merupakan graduan Diploma Kreatif di Universiti Teknologi MARA (UiTM) kampus Puncak Perdana, Shah Alam.[3]
Menurut Kucaimars, nama pentasnya ialah gabungan daripada dua perkataan, 'Kucai' dan 'Mars'. Kucai ialah gelaran seorang jurulatih bola sepak beliau semasa menuntut Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Pagi di Senawang, manakala Mars ialah jenama coklat kegemarannya. Beliau juga ialah peminat tegar pasukan bola sepak Negeri Sembilan dan Chelsea.[3]
Kucaimars memulakan kerjaya muzik dengan menyanyikan lagu saduran.[4] Lagu saduran pertama beliau ialah "Di Matamu" nyanyian asal Sufian Suhaimi, klip videonya itu telah dimuatnaik di Instagram beliau dan telah meraih jumlah tontonan sebanyak 11,000 tontonan dalam tempoh singkat.
Single sulungnya, "Jawab" ialah hasil nukilan ahli kumpulan Akim & The Majistret, Akim Ahmad dan Zarimi. Ia dikeluarkan pada Januari 2019 oleh Warner Music Malaysia.[5] Kucaimars melancarkan single keduanya, "Khayalan" pada Oktober 2019.[6]
Rencana utama: Big Stage (musim 2) |
Pada tahun 2019, Kucaimars telah terpilih sebagai peserta Big Stage 2 yang menampilkan peserta yang hebat dari dalam negara mahupun di luar negara termasuk Irfan Haris, Syada Amzah, Fieya Julia, Aziz Harun, Han Byul, Chaleeda dan ramai lagi.[7][8] Kucaimars bersama-sama Fieya tersingkir di konsert minggu ketujuh,[9] berikut ialah senarai persembahan beliau dalam Big Stage:
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu sendiri/cover | "Mimpi Yang Sempurna" | Peterpan | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Aku Penghibur" | Jamal Abdillah | TERSELAMAT |
Minggu 3 | Glocal Hits | "Kemarin" | Seventeen | TERSELAMAT |
Minggu 4 | Duominasi | "Janam Janam" (bersama Shiha Zikir) | Arijit Singh & Antara Mitra | TERSELAMAT |
Minggu 5 | Cannot Brain | "Kopi Dangdut" | Fahmi Shahab | TERSELAMAT |
Minggu 6 | Lagu Pilihan Dato' Sri Siti Nurhaliza | "Ragaman" "Hutang" (bersama Fieya Julia) |
Faizal Tahir Floor 88 |
TERSELAMAT |
Minggu 7 | Road To Final | "Keabadian Cinta" | Anuar Zain | TERSINGKIR |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2023 | Kami Budak Band | Hakim | TV3 | Drama pertama |