Sheryl Shazwanie | |
---|---|
Nama lahir | Sheryl Shazwanie binti Shamsulbahri |
Kelahiran | Petaling Jaya, Selangor, Malaysia | 30 September 1997
Genre | Pop, balada |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | MVM Production |
Pengkarya berkait | Azzam Sham |
Pasangan | Azzam Sham (k. 2022) |
Anak-anak | 1 |
Sheryl Shazwanie Shamsulbahri (lahir 30 September 1997) merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.[1] Beliau mula dikenali umum menerusi lagu "Perasaan" pada 2018[2] dan sebagai peserta rancangan realiti nyanyian terbaru terbitan Astro, Big Stage musim kedua pada 2019.[3][4]
Sheryl Shazwanie menyertai Big Stage musim kedua yang bersiaran di Astro Ria.[5] Beliau menjadi peserta pertama yang tersingkir.[6]
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
---|---|---|---|---|
Minggu 1 | Lagu Sendiri & Cover | "Perasaan" | Dirinya sendiri | TERSELAMAT |
Minggu 2 | Hype Beat | "Drama" | Drama Band | TERSINGKIR |
Ia telah dihebahkan di media pada awal 2020 bahawa Sheryl telah menjalin hubungan cinta dengan penyanyi Azzam Sham (yang kemudian menjadi juara Big Stage musim ketiga), namun bersepakat untuk tidak berahsia mengenai hubungan mereka. Sheryl dilaporkan telah mengakui menyimpan perasaan terhadap Azzam.[7][8][9]
Beliau dan Azzam mengikat tali pertunangan pada 30 September 2021.[10] Pasangan ini berkahwin pada 1 Januari 2022.[11][12]
Pada 27 November 2022, Sheryl dan Azzam dikurniakan cahaya mata perempuan, Azzalea Safiyya.[13][14][15]
Tahun | Tajuk | Catatan |
---|---|---|
2017 | "Hati-Hati Dengan Cinta"
|
|
2018 | "Potret Lebaran"
|
|
"Teratai Cinta"
|
||
"Perasaan"
|
||
2020 | "Jika Itu Takdirnya"
|
Duet bersama Azzam Sham |
2021 | "Jangan Ragu"
|
|
2022 | "Menahan Luka" | Duet bersama Azzam Sham |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2019 | Big Stage (musim 2) | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Ria |
2022 | Masak Apa Tu? | Dirinya sendiri | TV3 |