Diari Seorang Suami
Genre
Ditulis oleh
  • Azril Hamzah
  • Amin Shakib
  • Shida Zali
PengarahJohan Bahar
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Kemelut" nyanyian Pasya
Lagu penutup"Kemelut" nyanyian Pasya
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13 Episod
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Azlina Abd Wahid
  • Azril Mohd Abdullah
PenerbitAida Othman
Tempoh siaran56 minit
Syarikat penerbitan
Art Ornament Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal12 November 2021 – 4 Disember 2021

Diari Seorang Suami 2 ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2021 arahan oleh Johan Bahar, di bintangi oleh Afieq Shazwan,Yuna Rahim dan Keith Foo. Siri ini memulakan tayangan di Slot Lestary, TV3 12 November 2021 menggantikan Kekasih Hati Mr Bodyguard [1]

Sinopsis

Hairi (Afieq Shazwan) dan Neesa (Yuna Rahim) berkahwin pada usia muda walaupun tidak direstui oleh keluarga. Masing-masing hanya berumur 18 tahun. Hairi berbekalkan sijil SPM manakala Neesa bakal menduduki peperiksaan STPM. Mereka telah membuat keputusan untuk berkahwin lari.

Mereka berdua mula menjadi gelandangan di Kuala Lumpur. Malahan, mereka juga tidak mempunyai arah tujuan dan pekerjaan yang tetap. Di situ, Hairi dan Neesa terpaksa melalui pelbagai onak duri hidup dalam kalangan masyarakat gelandangan. Kisah hidup mereka bertambah rumit selepas Neesa disahkan mengandung. Semuanya dicatatkan di dalam diari Hairi yang tidak pernah diketahui oleh Neesa.

Orang Kaya Azman (Keith Foo) muncul dalam hidup mereka dan mahu membantu Hairi dan Neesa. Orang Kaya Azman menawarkan pekerjaan kepada Hairi malah juga membenarkan kedua-duanya tinggal di rumah agam miliknya. Apakah yang bakal berlaku pada Hairi dan Neesa? Diari Hairi bakal menjawab hati dan perasaan seorang suami.

Pelakon

Rujukan

  1. ^ Drama Diari Seorang Suami. MyInfoTaip. Dicapai 6 November 2021.