Titian Takdir | |
---|---|
Genre | Melodrama Keluarga |
Ditulis oleh | Sharifah Abu Salem |
Pengarah | Nazir Jamaluddin |
Dibintangi oleh | Farhanna Qismina Nadia Brian Syazuwan Hassan Fimie Don Atiq Azman |
Lagu pembukaan | "Selamanya" oleh Usop |
Lagu penutup | "Selamanya" oleh Usop |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Julia Juhasu |
Penerbit |
|
Tempoh siaran | 41–42 minit |
Syarikat penerbitan | Suhan Movies & Trading |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 9 Januari 2020 – 6 Februari 2020 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kampung People |
Diikuti oleh | Bukan Kahwin Paksa |
Titian Takdir merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Nazir Jamaluddin lakonan Syazuwan Hassan, Nadia Brian, Farhanna Qismina dan Fimie Don, Atiq Azman. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Lestary TV3 bermula 9 Januari 2020 hingga 6 Februari 2020 menggantikan Kampung People.[1][2][3]
Kisah empat adik beradik Latifah (Along), Nazmi (Angah), Ayoi dan Aisyah yang kehilangan ibu sejak kecil. Mereka terpaksa tinggal dengan ibu saudara meraka, Mak Ngah Yun dan nenek mereka, Wan Jah tanpa belaian kasih sayang dan penuh kebencian. Akhirnya mereka dihantar ke rumah anak yatim.
Kerana kesempitan hidup, adik bongsu mereka Aisyah terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat iaitu Datuk Jufri dan Datin Rina. Sejak itu mereka terpisah.
Meningkat dewasa, Angah cuba menyatukan kembali adik beradik yang terpisah. Aisyah menggangap dia sudah tidak ada lagi adik beradik dan mahu dikenali sebagai Karina, seorang artis. Along kini bekerja dengan Dr Kamil di sebuah klinik. Ayoi pula menjadi seorang samseng.
Penggambaran dijalankan pada Oktober 2019. Untuk menjayakan watak Aishah dan Karina, Sweet Qismina mewarnakan rambutnya berwarna merah jingga.[4]