Wanita Hari Ini | |
---|---|
Genre | Bual bicara |
Dibangunkan oleh | TV3 |
Pengacara |
|
Lagu pembukaan | "Wanita Hari Ini" oleh Ana Raffali & Altimet |
Lagu penutup | "Wanita Hari Ini" oleh Ana Raffali & Altimet |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Lokasi | Studio B, Sri Pentas, Bandar Utama |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 1 jam |
Syarikat penerbitan | TV3 |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Siaran asal | 1 Januari 2003 – kini |
Wanita Hari Ini (WHI) merupakan sebuah rancangan televisyen bual bicara wanita Malaysia yang disiarkan di TV3, bersiaran pada jam 12:00 tengah hari selama sejam setiap hari Isnin hingga Jumaat. WHI memfokuskan mengenai hal ehwal semasa serta isu-isu terkini mengenai wanita dalam dan luar negara selain membicarakan tentang cara hidup, fesyen, serta hal-hal mengenai kekeluargaan.
Sejak 2009, WHI menerima pengacara lelaki, bermula dengan Nazril Idrus kemudian diikuti oleh Fahrin Ahmad.[1]
Wanita Hari Ini telah mencatatkan peningkatan jumlah tontonan sebanyak 800,000 penonton sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.[2][3]