Ana Raffali | |
---|---|
Kelahiran | 4 November 1985 |
Ana Raffali (lahir Ana Nur Hidayah binti Mohd Raffali; 4 November 1985) ialah seorang pemuzik Malaysia. Beliau berkemahiran dalam nyanyian, penggubahan lagu dan bermain gitar. Beliau mula mendapat perhatian setelah mengeluarkan single "Hujan Bunga di Kuala Lumpur" di corong radio pada tahun 2009. Niat beliau ingin membantu keluarganya yang susah membuahkan hasil dengan penghasilan album pertamanya, Ketika Aku Kecil yang dikeluarkan pada April 2010.
Bermula dengan hobi bermain gitar, Ana mula berjinak menulis lagu sebagai cara meluahkan perasaannya ketika menuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam dalam jurusan Pendidikan Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Teaching English as a second language (TESL).[2] Beliau sentiasa berbaju kurung atau kebaya ketika membuat persembahan.[3]
Pada 25 Februari 2012, Ana berkahwin dengan Ahmad Aznaim Abdullah, 30, selepas sekali lafaz dalam majlis pernikahan mereka yang diadakan di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati, Ulu Klang, Selangor. Mereka dinikahkan oleh bapanya, Mohd Raffali Mohd Nor dengan disaksikan oleh Jurunikah Masjid Al-Hidayah, Abdullah Mat.
Beliau mula bertudung beberapa minggu sebelum itu, semasa sambutan Maulidur Rasul.[4]
Tahun | Tajuk | Album | Posisi tertinggi | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Bursa Muzik Malaysia[5][6] | ERA fm | HOT fm | Muzik Muzik | ||||||||
2010 | Tolong Ingatkan Aku | Ketika Aku Kecil | 4 | - | - | - | |||||
Kalau Berpacaran (feat Suhaimi Meor Hassan & Altimet) | - | 1 | 1 | 1 | 1 | ||||||
2011 | Sehabis Baik | - | 23 | - | - | - |