|- ! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
|- | colspan="3" |
"Jerat Percintaan" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||
daripada album Siti Nurhaliza | ||||
Dilancarkan pada | 1 Mac 1996 | |||
Dirakamkan pada | 1995 | |||
Format | Keluaran siaran radio | |||
Genre | Balada | |||
Panjang | 4:57 | |||
Syarikat | Suria Records | |||
Penulis | Adnan Abu Hassan, Othman Zainuddin, Hani M.J. | |||
Penerbit | Adnan Abu Hassan | |||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
Sampel audio | ||||
Info (help·info) | ||||
Siti Nurhaliza - Jerat Percintaan (muzik video) di YouTube |
“Mahligai Asmara” (Trek 2) |
"Jerat Percintaan" (Trek 3) |
“Antara Waktu dan Usia” (Trek 4) |
"Jerat Percintaan"[1] ialah lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi wanita Malaysia, Siti Nurhaliza sebagai single kedua beliau dari album pertamanya yang menggunakan namanya sebagai judul album. Lagu ini meraih anugerah Lagu Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-4 pada tahun 1997, dan juga menggondol gelaran Persembahan Terbaik, Juara Kategori Balada dan Juara Lagu di Anugerah Juara Lagu 1996. Lagu ini menjadi lagu Siti yang pertama menjuarai Carta Radio Muzik pada tarikh 7 dan 14 Julai 1996 [2].
Berdurasi selama 4 minit dan 55 saat, Jerat Percintaan ialah sebuah lagu yang bersederhana perlahan dicipta oleh Adnan Abu Hassan dan lirik ditulis oleh Othman Zainuddin dan Hani MJ. Jerat Percintaan berkisarkan tentang cabaran yang dihadapi oleh dua insan apabila terperangkap dalam alam percintaan. Lagu ini distrukturkan dalam key B minor dan julat vokal Siti merangkumi daripada not rendah A3 sehingga not D5.
Muzik video lagu ini dimulakan dengan Siti Nurhaliza dan Adnan Abu Hassan berada di dalam studio rakaman. Kemudian, diikuti oleh Siti merakamkan suaranya di dalam studio. Dari awal hingga akhir muzik video ini, ia memaparkan Siti mengenangkan memori lamanya. Pada penghujung muzik video, Siti mengalirkan airmatanya dan diakhiri dengan Siti merenung di dinding.
Pada 30 Oktober 1999, Siti menyanyikan Jerat Percintaan secara langsung di konsert solo pertama beliau, Konsert Live Siti Nurhaliza di Stadium Negara, Bukit Jalil dan memukau penonton yang hadir ke konsertnya. Semasa persembahannya di konsert SATU Konsert Eksklusif Dato' Siti Nurhaliza di Istana Budaya pada 26 hingga 28 Jun 2009,[3] Siti menyampaikan Jerat Percintaan sebagai sebahagian daripada persembahan ketiga beliau menerusi segmen Medley 2: Lagu Hit.[3]
Untuk persembahan beliau di konsert Siti Nurhaliza in Symphony di Dewan Filharmonik Petronas pada 5 hingga 7 Julai 2013,[4] Siti menyanyikan Jerat Percintaan yang diberikan gubahan baru oleh Ahmad Muriz Che Ros sebagai sebahagian daripada medley pertama konsert.[4] Beliau turut menyanyikan lagu sama dalam medley ketujuh di konsert Dato' Siti Nurhaliza Unplugged 2015 pada 7 April 2015, dengan iringan piano oleh Adnan Abu Hassan.[5]
Siti turut menyanyikan Jerat Percintaan dalam versi orkestra di konsert Dato' Siti Nurhaliza & Friends Concert di Stadium Negara, Bukit Jalil pada 2 April 2016,[6] sempena ulang tahun ke-21 penglibatan beliau dalam industri muzik Malaysia dan juga ulang tahun ke-20 album pertamanya dan lagu Jerat Percintaan.[6]
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "Jerat Percintaan" | 4:57 | |
Carta (1996) | Kedudukan carta |
---|---|
Radio Muzik | 1 |
Muzik Muzik | 1 |
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1996[7] | "Jerat Percintaan" | Lagu Balada Terbaik[8][9] | Menang |
Persembahan Terbaik[1][8][9] | Menang | ||
Pemenang Keseluruhan[1][8][9] | Menang |
Tahun | Penerima/Karya tercalon | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1997 | "Jerat Percintaan" | Lagu Terbaik | Menang |