"Anta Permana" | ||||
---|---|---|---|---|
Single oleh Siti Nurhaliza | ||||
daripada album ManifestaSITI2020 | ||||
Dilancarkan pada | 21 September 2018 | |||
Dirakamkan pada | 17 Ogos 2018 | |||
Format | Muat turun digital | |||
Genre | Pop | |||
Panjang | 3:24 | |||
Syarikat | ||||
Penulis | Ezra Kong, Hael Husaini | |||
Penerbit | Ezra Kong, Hael Husaini | |||
Kronologi single Siti Nurhaliza | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
"Anta Permana" merupakan lagu nyanyian Dato' Sri Siti Nurhaliza yang dikeluarkan pada 21 September 2018[1] sebagai single pertama untuk album ke-19 Siti, ManifestaSITI2020 yang dikeluarkan pada 3 Julai 2020.[2] Lagu ini ialah hasil nukilan sepenuhnya oleh Ezra Kong dan Hael Husaini. "Anta Permana" diambil daripada perkataan Melayu klasik yang membawa makna tidak terkira atau infiniti.[3][4]
"Anta Permana" ialah single kedua yang dikeluarkan oleh Siti dalam tahun 2018, selepas "Comel Pipi Merah" yang dikeluarkan pada Mac. Pada Mei 2019, ia meraih 11 pensijilan platinum dengan lebih 14 juta tontonan di YouTube.[5]
Penerbitan "Anta Permana" bermula apabila Hael Husaini menyampaikan hasrat kepada pengurusan Siti, Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia untuk mencipta sebuah lagu untuk Siti.[6] Menurut Siti, "Anta Permana" bermaksud tidak terkira atau infiniti. Selain itu, beliau ingin memperkenalkan kembali perkataan Melayu Klasik yang jarang digunakan dalam kalangan generasi muda.[7] Pada 24 April 2018, Hael bercadang untuk memberikan demo lagu tersebut. Siti mendengar demo lagu tersebut buat pertama kali dan menyatakan persetujuan untuk merakamkan "Anta Permana".[8] Sesi rakaman lagu ini dijalankan pada 17 Ogos 2018.[9]
Proses penambahbaikan beberapa bahagian dalam lagu ini dijalankan pada 7 September dan siap sepenuhnya pada 13 September. Siti berkata, beliau yakin dengan kebolehan Hael mencipta "Anta Permana" buatnya: "Tanpa berfikir panjang, Siti bersetuju merakamkan "Anta Permana" kerana yakin dengan kemampuan dua komposer muda itu. Sejak Februari lalu, Hael menyatakan hasrat untuk memberikan lagu ciptaannya kepada Siti. Hanya pada Mei lalu, impiannya menjadi kenyataan apabila Siti tertarik dengan demo yang dihantar,".[10][11]
"Anta Permana" berjaya menduduki tangga teratas di iTunes sekaligus mengetepikan lagu "Head Above Water" nyanyian Avril Lavigne.[12] Bahkan, tanda pagar lagu ini turut menjadi sohor kini di media sosial.[13]
Video muzik rasmi "Anta Permana" telah dimuatnaikkan di saluran YouTube rasmi Dato' Sri Siti pada 4 Oktober 2018. Ia diarahkan oleh Rifaiee Omar dan diterbitkan oleh Rio Films Sdn. Bhd. Muzik video ini menerima ulasan negatif daripada netizen. Muzik video lagu ini mendapat lebih kurang 323 ribu tontonan di laman YouTube dan turut mendapat 24 ribu tanda suka dan 474 tanda tidak suka.[14]
Negara | Tarikh | Format | Label |
---|---|---|---|
Malaysia | 21 September 2018 | Muat turun digital[15] pensitriman digital[16] |
Siti Nurhaliza Productions Universal Music Group (Malaysia) |
Carta (2018) | Kedudukan carta |
---|---|
Carta Lagu Top 30 Malaysia[17] | 11 |
Carta RIM (Domestik)[18] | 4 |
Carta 40 Era Fm[19] | 1 |
Carta 40 Hotfm | 1 |
Carta 40 Suriafm | 1 |
Carta Muzik-Muzik | 1 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Lagu MeleTOP | Tercalon |
Anugerah Juara Lagu ke-34 | Terbuka | Menang (Ketiga) |
1990-an |
|
---|---|
2000-an |
|
2010-an |
|
2020-an | |
Kolaborasi dan duet |
|
Lagu lain |
|
↑i Lagu "Hati" dikeluarkan sebagai single dari album runut bunyi filem 1957: Hati Malaya, kemudian diterapkan dalam album "Hadiah Daripada Hati". ↑ii Lagu "Cahaya Cinta" tiada dalam album Transkripsi, sebaliknya dikeluarkan sebagai single sempena majlis perkahwinan Siti. |