Majalah 3 | |
---|---|
Genre | Dokumentari dan Majalah |
Pencipta | Jabatan Faktual TVN |
Penggubah lagu tema | Peter Lim |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Penerbitan | |
Penerbit |
|
Lokasi | Sri Pentas |
Tempoh siaran | 1 jam |
Syarikat penerbitan | Media Prima Berhad |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 1 Januari 1985 – kini |
Majalah 3 merupakan siri dokumentari popular Malaysia yang ditayangkan di stesen TV3. Ia disiarkan untuk tontonan umum setiap Isnin jam 9:00 malam. Rancangan dokumentari ini sungguh unik kerana kandungan fakta dan penjelasannya adalah mudah difahami, padat dan mesra penonton selain penonton dari kalangan warganegara Malaysia mudah untuk menyesuaikan dengan maklumat yang dipaparkan.
Majalah Tiga mula diasaskan pada tahun 1985 sekaligus merupakan rancangan dokumentari terbitan TV3 yang pertama dan tertua di stesen televisyen tersebut. Setiap tahun Majalah Tiga telah berjaya menarik 3 juta penonton dari seluruh negara bagi menontonnya pada setiap hari Isnin malam. Pelbagai topik dan paparan berstruktur segar dan mudah difahami yang diketengahkan dan dijelaskan dengan terang, antara topik berkisar tentang alam semulajadi, budaya, isu masyarakat, Gaya Hidup, isu kemanusiaan, sains, teknologi, inovasi, automotif dan lain-lain.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
1985 - kini | Pelbagai Anugerah | Dokumentari Terbaik | Menang |