Melodi
GenreHiburan, gosip
Pengacara
Pencerita suara latar
  • Khairul Anuar Azmi
  • Tabah Syazwan
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Penerbitan
Penerbit eksekutifJamil Hassan
PenerbitMichelle Wee
LokasiSri Pentas, Bandar Utama
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
TV3
Penyiaran
Siaran asal10 Januari 1988 – kini

Melodi merupakan rancangan berbentuk hiburan yang menawarkan pelbagai perkembangan artis, pelakon, pengarah dan selebriti dari Malaysia. Mula disiarkan pada hari Ahad 10 Januari 1988, rancangan ini turut menyajikan ulasan album terbaru, majlis, gosip terbaru, temuramah bersama selebriti, carta filem dan sebagainya. Rancangan ini pada awalnya disiarkan selama 30 minit selama lebih 10 tahun sehingga Ahad, 28 Disember 2003. Melodi mula bersiaran 1 jam pada hari Ahad, 4 Januari 2004, pada pukul 1:30 tengah hari, untuk menggantikan rancangan Nona yang direhatkan selama tiga bulan. Pada hari Ahad, 6 Jun hingga Ahad, 26 Disember 2004, Melodi kembali disiarkan selama 30 minit, sebelum mula disiarkan 1 jam secara kekal mulai Ahad, 2 Januari 2005.

Rancangan ini mendapat rating yang tinggi bagi penonton yang mana rancangan ini disiarkan secara langsung dari Studio B, Sri Pentas, Bandar Utama, Selangor selama 1 jam pada setiap hari Ahad pada pukul 12:30 tengah hari.

Mulai 7 Januari 2018, Melodi akan bersiaran pada jam 12:00 tengah hari selama 1 jam 30 minit.

Mulai 1 Ogos 2021, Melodi kembali bersiaran pada jam 12:30 tengah hari selama 1 jam.

Wartawan

Wartawan terkini

Penolong Penerbit

Penyunting Visual

Bekas Wartawan

Senarai Pengacara

Pengacara terkini

Tahun Pengacara
2022-kini Ain Edruce

Bekas pengacara

Tahun

Pengacara

2021-2022 Nabila Huda
2022-2023 Haziq Hussni