| |||||||
Ditubuhkan | 31 Ogos 2007 | ||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Pangkalan | |||||||
Pesawat | 24 (jumlah keseluruhan armada untuk masa kini) | ||||||
Destinasi | 54 (jumlah keseluruhan destinasi) 26 (tidak termasuk destinasi yang ditamatkan) | ||||||
Syarikat induk | Asiana Airlines | ||||||
Ibu pejabat | Beomcheon-dong, Busanjin-gu, Busan, Korea Selatan | ||||||
Orang penting | TaeKeun Han (CEO) | ||||||
Laman web | en www |
Air Busan | |
---|---|
Hangul | 에어부산 |
Hanja | 釜山航空 |
Perumian Semakan | E-eo Busan |
Air Busan Co., Ltd. beroperasi sebagai Air Busan (에어부산) (E-eo Busan) ialah syarikat kos rendah[1] berpusat di Busanjin-gu, Busan, Korea Selatan.[2] Ia merupakan anak syarikat Asiana Airlines. Syarikat penerbangan itu mula beroperasi pada tahun 2007 sebagai Syarikat Penerbangan Antarabangsa Busan (부산국제항공) (Busan Gukje Hanggong); ia melancarkan perkhidmatan pada Oktober 2008.[3]
Syarikat Penerbangan Air Busan adalah syarikat penerbangan tambang rendah ketiga terbesar di Korea Selatan, membawa 4.5 juta penumpang domestik dan 3.6 juta penumpang antarabangsa pada Tahun 2018. Syarikat Penerbangan Air Busan telah meningkatkan lalu lintas penumpang antarabangsa sebanyak 122% dalam tempoh tiga tahun terakhir, sementara lalu lintas domestik telah meningkat sebanyak 38%. [4]
Busan International Airlines Co., Ltd. ditubuhkan pada Bulan Ogos 2007. Pada Bulan Februari tahun berikutnya nama korporat ditukar menjadi Air Busan Co., Ltd. dan perjanjian pelaburan ditandatangani oleh bandar Busan dan Syarikat Penerbangan Asiana Airlines. Pada Bulan April 2008 syarikat itu menempah pesawat pertamanya, iaitu sebanyak lima Pesawat siri Boeing 737. Dua bulan kemudian syarikat itu diberi lesen untuk pengangkutan udara biasa. Pada Bulan Oktober 2008 pangkalan telah didirikan di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimpo dan Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju dan syarikat penerbangan tersebut memulakan operasi antara Busan dan Gimpo (Seoul)
Pada Bulan April 2009, syarikat penerbangan itu membawa pesawat Boeing 737-400 kelima. Menjelang Ogos tahun itu, Syarikat Penerbangan Air Busan telah menandakan 10,000 penerbangan dalam 299 hari sejak ia mula beroperasi. Pada Bulan September 2009 jumlah penumpang yang dibawa mencapai 1 juta. Perkhidmatan antarabangsa, antara Busan dan Fukuoka, bermula pada Bulan Mac 2010 dan pada Bulan April jumlah penumpang yang dibawa mencapai 2 juta. Pada Januari 2011 Syarikat Penerbangan Air Busan telah menghantar pesawat Airbus A321-200 pertamanya.
pada bulan Julai di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Syarikat Penerbangan Air Busan, ada merancang untuk membuka laluan antarabangsa baharu, antara Busan dan Chiang Mai, laluan baharu tersebut, akan dimulakan pada 19 Julai 2023, dengan kekerapan penerbangan 2 kali seminggu [6].
pada bulan Disember 2023, di laman aeroroutes, ada diumumkan bahawa, Air Busan telah merancang untuk memulakan semula destinasi antarabangsa ke China, dengan laluan tanpa henti antara Busan dan Sanya, yang sudah dimulakan semula sejak 15 November 2023 [7].
Syarikat Penerbangan Air Busan mula beroperasi pada Oktober 2008, menggunakan Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae sebagai Hab. [8]
Sejak wabak COVID-19 (Pandemik COVID-19) bermula pada Januari 2020, Syarikat Penerbangan Air Busan menangguhkan sebahagian besar laluan antarabangsa. Setakat November 2020, Air Busan mengendalikan laluan antarabangsa dengan jumlah destinasi antarabangsa yang terhad. [9]
pada Tahun 2022, Air Busan, telah memulakan semula beberapa laluan, yang pernah digantung akibat dari Pandemik COVID-19, Sehingga tahun 2023, Syarikat Penerbangan Air Busan melayani destinasi berikut: [10]
setakat tahun 2023 [11]:
Syarikat penerbangan itu mempunyai Perjanjian Perkongsian Kod dengan syarikat penerbangan berikut (setakat Mei 2014):
Setakat November 2020, Armada Syarikat Penerbangan Air Busan terdiri daripada Siri Armada Pesawat sebagai berikut:[127][128][129][130]
Pesawat | Dalam Perkhidmatan | Tempahan | Penumpang | Nota | ||
---|---|---|---|---|---|---|
W | Y | Total | ||||
Airbus A320-200 | 8 | — | — | 162 | 162 | |
Airbus A321-200 | 14 | — | — | 191 | 191 | |
195 | 195 | |||||
220 | 220 | |||||
Airbus A321neo | — | 3 | TBA | [131] | ||
Airbus A321LR | 2 | — | — | 220 | 220 | |
Total | 24 | 3 |
Pesawat | Total | Tahun Diperkenalkan | Tahun Bersara | Nota |
---|---|---|---|---|
Boeing 737-400 | 4 | 2009 | 2016 | |
Boeing 737-500 | 3 | 2008 | 2016 |
Air Busan from late-July 2023 is launching new route to Thailand, as the airline schedules Busan – Chiang Mai nonstop service, with 232-seater Airbus A321neo. First flight is scheduled on 19JUL23, with 2 weekly flights scheduled.
Air Busan last month resumed Busan – Sanya service, with first flight scheduled on 15NOV23, on board Airbus A321 aircraft. This route is scheduled 4 times weekly. Note due to schedule filing issue, schedule listing for this route in the OAG is displaying effective 13DEC23, despite this route was already in service.
The following list covers Korean carrier’s service between Korea and Japan, between 01AUG23 and 28OCT23, based on OAG schedules listing as of 30JUL23.
Air Busan during peak season plans to increase operational frequencies on selected international routes: Busan – Kaohsiung eff 01JUL23 Increase from 4 to 7 weekly, Busan – Kota Kinabalu 01JUL23 – 30AUG23 Increase from 2 to 4 weekly, Busan – Ningbo eff 24JUN23 Service resumption, 3 weekly, Busan – Sapporo New Chitose 15JUN23 – 31AUG23 Increase from 4 to 7 weekly, Busan – Ulaanbaatar 29JUN23 – 29AUG23 Increase from 2 to 4 weekly.
Air Busan from late-June 2023 plans to introduce new route to Japan, where the airline schedules Seoul Incheon – Sapporo New Chitose route. From 23JUN23, Airbus A321 aircraft to operate this route on daily basis.
Air Busan since last week discontinued Busan – Clark service, where it previously operated twice weekly flights. Last flight was operated on 19NOV23 from Busan, with Airbus A321 aircraft. The airline currently does not have service resumption date filed.