Anugerah Juara Lagu ke-23 | |
---|---|
Tarikh | 18 Januari 2009 |
Tempat | Stadium Putra Bukit Jalil |
Pengacara | Faizal Ismail Cheryl Samad Ally Iskandar |
Juara Lagu | Lagu Untukmu |
Anugerah Juara Lagu ke-23 2008 (AJL 23) adalah sebuah anugerah terbitan TV3 yang bakal mempertandingkan lagu-lagu pencalonan Muzik-muzik yang disaringkan untuk membariskan 14 buah lagu terbaik ciptaan penggubah Malaysia pada tahun 2008 sebelum dinobatkan sebagai "Juara Lagu" yang ke-23. Lagu-lagu yang dibawa ke peringkat akhir ini dibahagikan kepada tiga kategori iaitu Etnik Kreatif, Balada dan Pop Rock.
Malam anugerah gilang-gemilang ini diadakan pada 18 Januari 2009 di Stadium Putra Bukit Jalil pada jam 9 malam dan seperti biasa, dibawakan secara langsung melalui penyiar rasmi TV3. Tema Anugerah Juara Lagu 2008 ialah "Illuminasi Muzik". Pengacara yang mengendalikan malam anugerah ini ialah Faizal Ismail, Ally Iskandar dan Cheryl Samad.
"Lagu Untukmu" ciptaan dan dendangan kumpulan Meet Uncle Hussain dinobatkan sebagai Juara Lagu ke-23. Di samping itu, Faizal Tahir melakukan hatrik pada malam yang sama iaitu menggondol anugerah Persembahan Terbaik, Vokal Terbaik dan Juara Kategori Balada untuk persembahan lagu Sampai Syurga.
Saringan pada peringkat separuh akhir mempertandingkan 12 lagu bagi kategori Balada dan Pop Rock manakala 10 lagu bagi kategori Etnik Kreatif bagi kelayakan ke peringkat akhir. Kategori Etnik Kreatif dilangsungkan pada 28 November 2008 manakala kategori Balada adalah pada 5 Disember dan kategori Pop Rock adalah pada 12 Disember 2008. Peringkat separuh akhir ini akan diacarakan bersama oleh Cheryl Samad dan Faizal Ismail dari Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.[1]
Format pemarkahan bagi saringan separuh akhir berdasarkan markah persembahan pada malam tersebut dengan markah penilaian lagu yang dibuat sebelum persembahan bagi mendapat markah keseluruhan. Bagi yang mendapat markah tertinggi, mereka adalah layak untuk ke peringkat akhir dan akan melakukan persembahan bagi merebut gelaran tertinggi iaitu "Juara Lagu".
Lihat disini untuk peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik 23
Malam acara dilaporkan dihadiri 15,000 orang penonton di Stadium Putra.[2] Tepat pukul 9 malam, bermulanya siaran langsung di TV3 yang dimulakan dengan kata-kata pembuka oleh suara latar, persembahan hip-hop oleh kumpulan One Nation Emcees mengumumkan senarai lagu yang bertanding bergaya rap.
Ally Iskandar, Cheryl Samad dan Faizal Ismail muncul di pentas untuk ucapan pembukaan mereka. Di tengah-tengah keceriaan ucapan, mereka sempat meluangkan masa untuk meratapi kesengsaraan yang dialami penduduk Gaza, yang terdiri daripada bersunyi selama seminit dan rayuan kepada penonton untuk menghulurkan derma kepada Tabung NSTP untuk Gaza.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-23:
Interlud atau persembahan selingan yang dipersembah memaparkan artis yang pernah muncul dalam juara lagu. Persembahan dilakukan secara tiga orang penyanyi kanak-kanak yang dicungkil dari rancangan Idola Kecil, membuka lagu untuk tiga orang penyanyi asal masing-masing, diserikan penari latar. Wada membuka lagu "Gemilang" untuk Jaclyn Victor; Haqiem memulakan "Gadis Melayu" sebelum disambung oleh Jamal Abdillah; Hafiz pula berlagu "Andalusia" untuk M. Nasir; diakhiri dengan ketiga-tiga penyanyi kanak-kanak membuka lagu "Isabella" (Search) sebelum diiringi semua artis jemputan dan penari yang menyanyi bersama.
Berikut adalah senarai pemenang lengkap dan hadiah masing-masing (mengikut urutan pengumuman):
Seperti yang biasa dilakukan Juara-Juara Lagu sebelum ini, kumpulan Meet Uncle Hussain memikul tanggungjawab mendendangkan semula "Lagu Untukmu" selaku Juara Lagu sebagai penutup tirai malam penanugerahan.
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
AJL 23 menghadapi kritikan apabila dituduh mengamalkan sikap pilih kasih apabila tiga lagu kategori Balada dari Ayu dan Faizal Tahir, dua artis lepasan rancangan realiti One in a Million di 8TV yang dinaungi Media Prima bersama TV3, layak ke AJL sedangkan lagu Dingin oleh Ziana Zain yang dikatakan lebih bagus berbanding lagu-lagu tersebut dalam kategori yang sama gagal pula. Walaupun begitu, lagu Dingin dilayakkan di saat akhir pada malam separuh akhir kategori Pop Rock, setelah didapati "berada di tangga ke-14 terbaik di kalangan semua lagu di separuh akhir, lebih baik berbanding calon lagu Pop Rock yang lain," berasaskan keputusan pengadil.[19]
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif TV3 Dato' Amrin Awaluddin mengenai perihal ini, "Kami memang amat peka dan sensitif terhadap perkara-perkara seperti ini. Jika dikatakan pihak AJL mengamalkan kronism, lagu Shila, “Memori Tercipta” tidak berjaya pula ke peringkat akhir AJL23 walaupun ia popular. Ini kerana bagi panel juri, lagu tersebut tidak memenuhi kriteria yang ditetapkan.[20] Andai kami tidak telus, sudah pasti lagu itu juga melepasi senarai peserta akhir. Berdasarkan ulasan daripada juri profesional yang terbabit dalam penjurian pada peringkat separuh akhir Muzik Muzik, dua lagu nyanyian Faizal selain Ayu adalah antara sentuhan yang menerima markah terbaik daripada mereka".[21]