Ameer Sofazr | |
---|---|
Nama lahir | Amir bin Mahyidin |
Juga dikenali sebagai | Are-Meer, Ameer Sofaz |
Kelahiran | Ijok, Selangor, Malaysia | 18 Januari 1983
Genre | Pop rock |
Pekerjaan | Penyanyi |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 2001–kini |
Pengkarya berkait | Sofazr |
Amir Mahiyidin (lahir 18 Januari 1983) juga dikenali sebagai Ameer Sofazr merupakan seorang penyanyi Malaysia. Beliau merupakan salah vokalis kumpulan rock Malaysia, Sofazr.[1][2][3] Beliau juga pernah menyertai Bintang RTM.
Pada tahun 2001, Ameer ialah salah seorang peserta Bintang RTM 2001 antara lain turut disertai oleh Misha Omar, Azharina, Farawahida dan Sarah Raisuddin yang kesemuanya bergiat aktif dalam bidang muzik.
Ameer ialah salah seorang ahli asal kumpulan rock Sofaz sebagai vokalis, yang turut dianggotai oleh One (dram), Fairouz (bes), Zimi (gitar) dan Rodie (keyboard). Sofaz telah menikmati kejayaan muzik sejak penubuhannya pada 2003 dan telah menerbitkan sebanyak enam album studio di bawah dua label rakaman, Suria Records dan KRU Studios. Menjelang pelancaran album keempat, kumpulan ini bertukar nama kepada Sofazr.
Ameer menyertai Gegar Vaganza musim ke-6 pada tahun 2019. Beliau ialah salah satu daripada 13 bintang program tersebut. Namun di konsert minggu ketiga, beliau merupakan bintang yang kedua tersingkir selepas Mazleela.[4] Berikut ialah persembahan beliau:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019 | ||||
---|---|---|---|---|
Konsert | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Lagu Ke Artis? | "Janjiku" | Sofazr | Ke-9 |
Minggu 2 | CarMa (Cari Makan) | "Dan Bila Esok" | Ke-12 | |
Minggu 3 | Yang Aneh Aneh | "Samrah Mentari" | Dato' Jamal Abdillah | Tersingkir |
Ameer berkahwin dengan Saidatul Nazriah Abdul Latif pada Januari 2015.[5]
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2011 | Tanah Kubur (Musim 1) | Alim | Astro Oasis | Episod: "Akibat Zina" |