Mazleela | |
---|---|
Kelahiran | Mazlila binti Mazlan 21 April 1972 |
Nama lain | Maz |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 1994–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Pop |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | Suria Records (1995–2005) |
Mazlila Mazlan, lebih dikenali sebagai Mazleela (lahir 21 April 1972) merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Beliau dipengaruhi oleh penyanyi Sweden, Anni-Frid Lyngstad mula meraih kemasyhuran dalam bidang muzik pada 1990-an selepas bakatnya dicungkil oleh komposer ternama, Adnan Abu Hassan seterusnya mengikat kontrak bersama Suria Records dan telah menerbitkan empat album solo dan satu album kompilasi.
Mazleela, mesra dengan panggilan Maz yang wajahnya menyerupai penyanyi Sweden, Anni-Frid Lyngstad bekerja sebagai seorang pemain dram sebelum memulakan kerjaya muzik pada 1995 apabila Adnan Abu Hassan (yang menjadikan Siti Nurhaliza dan Nora antara nama besar dalam industri muzik) menggilap bakatnya kerana Adnan yakin dengan bakat yang dimiliki oleh Maz.
Di bawah bimbingan Adnan, beliau mengikat kontrak bersama Suria Records dan seterusnya muncul bersama album pertama, Deraan Kasih (1995) dan merakamkan empat lagi album di bawah SRC. Namanya mula melonjak naik menerusi lagu terakhirnya "Tabah" yang dimuatkan dalam album kompilasi pertamanya, The Best Of Mazleela (2002). Beliau meninggalkan SRC pada 2005 dan sejak itu beliau pernah menyanyi di Istana Johor.
Beliau menjadi salah seorang peserta dalam program realiti Astro, Gegar Vaganza musim keenam pada tahun 2019, turut disertai oleh Noorshila Amin, Nur Fatima, Tahir "Jatt" Ali dan Sham Visa antara peserta lain.[1][2] Beliau menjadi peserta pertama yang tersingkir.[3] Berikut di bawah ialah senarai persembahan beliau di Gegar Vaganza 6:
Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza 2019 | ||||
---|---|---|---|---|
Minggu | Tema | Lagu | Penyanyi asal | Keputusan |
Minggu 1 | Lagu Ke Artis? | "Tabah" | Dirinya sendiri | Ke-13 (Terselamat) |
Minggu 2 | CarMa (Cari Makan) | "Apa Khabarmu Di Sana" | Ramlah Ram | Tersingkir |
Beliau telah berkahwin dengan mempunyai dua anak.[4] Mazleela mendedahkan bahawa beliau pernag berdepan masalah kesihatan apabila injap jantung tersumbat pada 2016, bagaimanapun penyakitnya itu tidak serius dan terkawal dengan bantuan ubat-ubatan. Berikutan itu, susuk tubuh beliau mula menyusut mengakibatkan beliau boleh menyanyikan lagu bernada tinggi.[5][6][7]