ELITE | |
---|---|
Latar belakang | |
Berasal dari | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1995–kini |
Syarikat rakaman | KRU Records |
Ahli | |
Bekas ahli |
Elite[a] merupakan kumpulan penyanyi wanita Malaysia. Ditubuhkan pada 1995, ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Abby Abadi, Azza Zawari, Linda Rafar, Sasha Saidin dan Watie Sadali. Mereka diuruskan oleh KRU dan merupakan artis rakaman sulung KRU Records, Elite ialah kumpulan penyanyi wanita yang paling lama aktif di Malaysia. Kumpulan ini meraih kejayaan komersial menerusi lagu-lagu terkenal seperti "Tamparan Wanita", "Lihatlah Dunia" dan "G.I.G".
Pada mulanya kumpulan Elite hendak dinamakan sebagai Baby G tetapi terpaksa ditukar apabila satu jenama jam dengan nama yang sama dikeluarkan pada masa itu. Elite digelar sebagai Spice Girls Malaysia, sebuah penyanyi kumpulan wanita yang terkenal di United Kingdom dek kerana aliran muzik yang serupa selain tampil dengan imej yang provokatif.
Ahli kumpulan mula mengadakan persembahan pertama mereka ketika konsert 'Awas da' Concert' KRU pada 1995. Kumpulan ini juga menyumbangkan lagu "Diari Metropolitan" dalam album berjudul Ooh! La! La! setahun kemudian. Pada tahun yang sama juga, album sulung Elite, Catwalk dikeluarkan dengan lagu "G.I.G." dan "Manisnya Senyumanmu" dikeluarkan sebagai single.
Album kedua mereka, Tamparan dikeluarkan pada Januari 1998. Ini menjadi album terakhir yang dirakamkan oleh Elite sebelum pengunduran Abby Abadi daripada kumpulan ini.
Pada tahun 2000, Elite muncul dengan album keempat, Merbahaya yang mana album ini dirakamkan tanpa sebahagian besar daripada ahli asalnya.[1]
Pada tahun 2010, Elite kembali menerusi persembahan "Tamparan Wanita" di program Sehati Berdansa sebagai tanda kumpulan Elite masih aktif meskipun tidak mengeluarkan sebarang produk baru.
Pada tahun 2021, Elite mengadakan "reunion comeback" menerusi single berkonsepkan islamik "Alhamdulillah". Walaubagaimanapun, Sasha tidak dapat menghadirkan diri dalam persembahan di Meletup disebabkan berada di luar negara.
Musim 1 | |
---|---|
Musim 2 | |
Musim 3 | |
Musim 4 | |
Musim 5 | |
Musim 6 | |
Musim 7 | |
Musim 8 | |
Musim 9 | |
1 menunjukkan telah meninggal dunia. |