Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Azimut" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Mac 2024) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)
Dalam gambar rajah, azimut ialah sudut di antara arah rujukan (N) dengan garisan dari pemerhati (Observer) ke titik pemerhatian (Star) yang diunjurkan kepada satah yang sama dengan arah rujukan (Horizon).

Azimut atau sumut (Arab: اَلسُّمُوت, rumi: as-sumūt bentuk jamak السَّمْتas-samt "jalan, laluan"[1]) ialah pengukuran sudut dalam sistem koordinat sfera. Vektor dari pemerhati kepada titik pemerhatian diunjurkan serenjang kepada satah rujukan; sudut di antara vektor unjuran dan vektor rujukan di satah rujukan ialah azimut.

Contoh azimut terdapat dalam pengukuran kedudukan bintang. Bintang itu merupakan titik pemerhatian, satah rujukan ialah ufuk atau permukaan laut, dan vektor rujukan diajukan ke arah utara. Dalam kes ini, azimut ialah sudut di antara titik utara (vektor rujukan) dan unjuran serenjang bintang tersebut ke bawah di ufuk.[2]

Azimut lazimnya diukur dalam unit darjah (°). Konsep ini digunakan dalam banyak aplikasi termasuk pandu arah, astronomi, kejuruteraan, pemetaan, pelombongan dan artileri.

Lihat juga

Nota

  1. ^ Lane, Edward William (1863–1893). "سَّمت". Arabic-English Lexicon. 2. London. m/s. 1421–2 – melalui The Arabic Lexicon kelolaan Hawramani.com.CS1 maint: date format (link)
  2. ^ http://dictionary.reference.com/browse/azimuth

Rujukan

Pautan luar