Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. Sila bantu dalam memperbaiki rencana ini dengan menambahkan rujukan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam.Cari sumber: "Badan eksekutif" – berita · akhbar · buku · sarjana · JSTOR (Februari 2023) (Ketahui cara dan masa untuk membuang pesanan templat ini)

Badan eksekutif (Jawi: بادن ايکسيکوتيف)—juga diungkapkan sebagai pemerintah atau kerajaan dalam sistem parlimen mahupun pentadbiran dalam sistem berkongres contohnya di Amerika Syarikat— bertanggungjawab melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh pihak menggubalsahkannya. Ketua eksekutif dalam sebuah negara republik dipanggil Presiden, manakala negara lain bersistem kuasa diwarisi dipanggil Perdana Menteri. Badan ini merangkumi banyak sektor kerajaan seperti pelbagai kementerian, jabatan, pemerintah/kerajaan tempatan dan juga agensi langsung seperti organisasi polis, tentera dan kastam.

Dalam sistem politik berdasarkan prinsip pengasingan kuasa, kemudian kuasa diagihkan di antara beberapa cabang (eksekutif, perundangan, kehakiman)—suatu percubaan untuk menghalang penumpuan kuasa di tangan sekumpulan orang. Dalam sistem sedemikian, eksekutif tidak meluluskan undang-undang (peranan badan perundangan) atau mentafsirnya (peranan badan kehakiman). Sebaliknya, eksekutif menguatkuasakan undang-undang seperti yang ditulis oleh badan perundangan dan ditafsirkan oleh badan kehakiman. Eksekutif boleh menjadi sumber jenis undang-undang tertentu, seperti dekri atau perintah eksekutif. Birokrasi eksekutif biasanya merupakan sumber peraturan.

Peranan eksekutif

Peranan utama badan ini termasuklah:

Lihat juga