Ben Ladin | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Benladen bin Munshi Shaihan 10 September 2001 |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Tahun aktif | 2012 – kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | Hip hop |
Instrumen | Vokal, rap |
Syarikat rakaman | Sony Music Malaysia |
Muhammad Benladen Munshi Shaihan (lahir 10 September 2001) atau lebih dikenali sebagai Ben Ladin merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1] Kerjayanya bermula selepas menjadi salah seorang peserta Idola Kecil musim kelima pada 2012.[2]
Kerjaya Ben Ladin mula dikesan sejak berusia 11 tahun apabila menjadi salah seorang peserta pertandingan pencarian bakat kanak-kanak Idola Kecil musim kelima.[2] Selepas tamat Idola Kecil 5, beliau menyumbangkan rap untuk lagu "Permata" nyanyian Alyah.[3] Kerjaya lakonannya bermula pada 2016, apabila Ben muncul dalam drama Kahwin Muda, namun paling terkenal menerusi drama Amsyar di mana beliau memegang watak tajuk. Beliau mula mendapat liputan meluas apabila melancarkan single sulungnya, "Hikayat Benladin" hasil nukilan Malique dan Dedeq.[2][4][5] Ia menjadi kejayaan komersial apabila video lirik lagu ini telah meraih lebih 12.6 juta tontonan sejak pelancaran rasminya pada 19 Julai 2018 sekaligus dijadikan lagu saduran oleh ramai orang dan memuatnaiknya di YouTube.[6] Pada tahun 2019, beliau melancarkan single keduanya, "Rampung".[7][8]
Ben Ladin dilahirkan dan dibesarkan di Johor Bahru, Johor.[1] Beliau mendapat pendidikan menerusi pembelajaran di rumah sejak Tingkatan 1.[1][9]
Pada awal September 2018, Ben memohon maaf atas keterlanjurannya yang kurang berpengetahuan mengenai sejarah negara. Beliau memuat naik rakaman video permohonan maafnya di laman Instagram selepas gagal menjawab soalan berkaitan kemerdekaan dan sejarah negara dalam satu rancangan hiburan.[10]
Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2014 | "Ben Bow Wow"
|
single tanpa album | |
2018 | "Kamu"
|
||
"Hikayat Benladin"
|
|||
2020 | "Rampung"
|
Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
---|---|---|---|
2021 | "Pantas"
(Nazz Abdullah menampilkan Ben Ladin) |
single tanpa album | |
2023 | "Angan" (menampilkan Shiha Zikir) |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2023 | Mami Jarum Kembali | Faliq | Filem pertama |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2013 | Cinta Jannah | TV3 | ||
2015 | Akulah Balqis | Adam | ||
2016 | Kahwin Muda | Dirinya sendiri | ||
Amsyar | Amsyar | |||
2017 | Jangan Ikut Aku | Hantu Jendul |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2015 | Air Mata Si Kudung | Sabri (Muda) | TV3 | |
S Untuk Syawal | ||||
2016 | Maafkan Saya Cikgu | |||
Pesan Dari Tuhan | TV2 | |||
Misi Arjuna | TV3 | |||
2017 | Terima Kasih Ramadan | TV3 |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
---|---|---|---|---|
2019 | Anugerah MeleTOP Era 2019 | Lagu MeleTOP | "Hikayat Benladin" | Tercalon |
Penyanyi MeleTOP | Dirinya sendiri | Tercalon |