Bikers Kental 2 | |
---|---|
Pengarah | Helmi Yusof |
Penulis |
|
Dibintangi |
|
Syarikat penerbitan |
|
Tarikh tayangan | 14 Mac 2019 (Malaysia, Brunei) 21 Mac 2019 (Singapura) |
Masa tayangan | 94 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | |
Bajet | RM 2 juta |
Pecah panggung | RM 7.6 juta |
Bikers Kental 2 ialah sebuah filem aksi pengembaraan permotoran Malaysia 2019 arahan Helmi Yusof. Kesinambungan kepada filem 2013 Bikers Kental, ia menceritakan lagi pengembaraan geng motosikal di Thailand demi musuh dan cinta selepas enam tahun. Filem ini dibintangi oleh Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki, ia ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 Mac 2019.[1][2][3][4]
Enam tahun selepas peristiwa dalam filem pertama, Bidin Al-Zaifa kini sudah mempunyai sebuah kedai motosikal. Dia kini dilamun cinta dengan Cherry Porntit, seorang wanita Thai di Hatyai. Dia melamarnya tetapi abang Cherry, seorang juara Muay Thai, tidak bersetuju dengan adiknya berkahwin dengan Bidin. Malah, musuh lama Bidin iaitu Al Buqerk sedang memburunya untuk selesaikan hutang lama. Dengan bantuan rakannya Eddy, Aidil, mereka sekali lagi bertolak ke Thailand dengan motosikal, kali ini untuk memenangi cinta dan melawan musuh.
Menurut Helmi Yusof, kesinambungan Bikers Kental diterbitkan selepas melihat sambutan hangat yang diberikan oleh peminat industri filem tempatan.[5]
"Perancangan awalnya, filem Bikers Kental 2 dilakukan sejurus sahaja filem pertama ditayangkan. Namun oleh kerana pada tahun 2014 dan 2015 memperlihatkan industri filem tempatan mendapat kutipan dan sokongan yang kurang memberangsangkan, maka ia dilanjutkan tahun penggambaran. Kami menunggu masa yang sesuai untuk melalui proses penggambaran yang seterusnya,"
Untuk filem ini, Helmi memilih filem Wild Hogs arahan Walt Becker sebagai rujukan. Penggambaran dijalankan di sekitar Danok, Songkhla, Hatyai, Trang dan Phuket.
Bikers Kental 2 pada awalnya dijadualkan untuk tayangan pada Jun atau Julai 2017, namun ditangguhkan sehingga 2019.[6] Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 14 Mac 2019.[7]
Filem ini menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Mengulas untuk Harian Metro, Amirul Haswendy Ashari menyatakan penceritaan filem ini agak ‘caca marba’ dan hampir tiada fokus, terutama kepada hala tuju setiap watak.[8]