Black | |
---|---|
Genre | Seram, thriler, misteri, fantasi |
Berdasarkan daripada | Black oleh Studio Dragon |
Ditulis oleh | Bernice Low |
Pengarah |
|
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan musim | 2 |
Bilangan episod | 18 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif |
|
Penerbit | Fatimah Ruzaimi |
Penyunting |
|
Lokasi | Malaysia |
Sinematografi | Madnor Kassim |
Pemasangan kamera | Tetapan multi-kamera |
Tempoh siaran | 50–60 minit |
Syarikat penerbitan |
|
Penyiaran | |
Saluran asal | Viu |
Format gambar | 1080i (HDTV) |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Disember 2019 – 29 Julai 2021 |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Black ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2019 arahan bersama Razaisyam Rashid, Kroll Azry, Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi dengan skrip oleh Bernice Low.[1] Dibintangi oleh Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, Zoey Rahman dan Khir Rahman, siri ini diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2017 bertajuk sama oleh Studio Dragon dan disiarkan di Viu dari 17 Disember 2019 sehingga 29 Julai 2021.[2][3]
Mengisahkan Black, makhluk bunian yang diarahkan memburu rakannya yang melarikan ke alam manusia. Black telah jatuh dengan wanita bernama Sofia yang boleh meramal kematian. Mereka berdua kemudiannya terlibat dalam menyelesaikan kes pembunuhan yang belum terlerai selama bertahun-tahun.
Black yang merupakan makhluk bunian yang masuk ke dunia manusia untuk mengesan rakannya yang menjadi buruan dan dipercayai bersembunyi di dalam tubuh manusia. Untuk membolehkan dia hidup di dunia manusia, Black menghuni badan Malik, seorang detektif yang telah meninggal dunia dan tanpa sedar dia sebenarnya sudah terperangkap dalam kehidupan duniawi Malik dan jatuh cinta dengan seorang manusia bernama Sofia.
Sofia memiliki kelebihan untuk melihat ajal seseorang termasuk melihat bayang orang Bunian dalam tubuh manusia. Dengan kelebihan masing-masing, Black dan Sofia membuktikan mereka pasangan yang sempurna dan berjaya mendedahkan banyak kes yang melibatkan pembunuhan, termasuklah membongkar rahsia besar yang pernah dilakukan oleh Aisya, kekasih Detektif Malik.
Black diadaptasi dari siri drama Korea Selatan 2017 yang bertajuk sama yang dicipta oleh Studio Dragon.
Razaisyam Rashid dan Kroll Azry mengarahkan musim pertama siri ini, manakala untuk musim kedua, Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi berkhidmat sebagai pengarah. Bernice Low menulis skrip untuk kedua-dua musim.
Untuk adaptasi Malaysia, konsep watak bunian digunakan berbanding konsep 'grim reaper' yang digunakan dalam versi asal Korea Selatan.[6]
Siri | Episod | Tayangan asal | |||
---|---|---|---|---|---|
Tayangan pertama | Tayangan terakhir | ||||
1 | 8[7] | 17 Disember 2019 | 4 Februari 2020 | ||
2 | 10[8] | 10 Jun 2021 | 29 Julai 2021 |
Black memulakan siaran di Viu bermula 17 Disember 2019, manakala musim kedua disiarkan pada 10 Jun 2021.