![]() | |||||||||||||||||||||||||||
Nama lain | Mastif Afrika Selatan[1] | ||||||||||||||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Negara asal | Afrika Selatan | ||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||
Catatan | tidak diiktiraf oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa | ||||||||||||||||||||||||||
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Boerboel[a] ialah satu baka anjing besar Afrika Selatan daripada jenis mastif yang digunakan sebagai anjing pengawal keluarga. Ia besar, dengan lapis bulu pendek, struktur tulang kuat, dan otot cukuup terbentuk.
Ia diiktiraf oleh Kennel Union of Southern Africa, tetapi tidak oleh Persekutuan Kinologi Antarabangsa.[4][5]
Di Afrika Selatan, Akta Penambahbaikan Haiwan (62 daripada 1998) mentakrifkan baka haiwan yang asli di republik atau dikembangkan di republik sebagai landrace,[6] oleh itu boerboel dianggap sebagai landrace di republik itu.[7] Akta ini memberikan kuasa kepada "persatuan pembiak baka haiwan" berdaftar dan South African Boerboel Breeders' Society (SABBS) ialah sebuah persatuan pembiak baka haiwan.[8] SABBS ialah satu-satu pertubuhan yang berkuasa di bawah Akta itu untuk mendaftar boerboel secara rasmi. Sebagai penjaga yang didaftarkan menurut undang-undang bagi baka anjing boerboel, SABBS bertanggungjawab atas piawaian yang menentukan pengenalpastian, perekodan, penilaian, dan penambahbaikan baka ini.[7][9] Kennel Union of Southern Africa mengiktiraf bahawa boerboel berdaftar dalam buku-bukunya.[9]
Nama boerboel diterbitkan daripada perkataan bahasa Afrikaans boer, yang memaksudkan "peladang"/"petani", dan boel, kependekan bagi boelhond, yang memaksudkan buldog ("anjing lembu").[10]
Boerboel diturunkan daripada baka silang lama zaman penjajahan bagi mastif dan buldog yang digunakan sebagai anjing pengawal di ladang-ladang terpencil dan di estet-estet untuk pemburuan buruan besar dan dikenali sebagai anjing Boer[11]:618 atau anjing pemburu Boer. Keterangan dari tahun 1909 memerihalkan baka silang ini sebagai anjing terbaik untuk pemburuan harimau bintang dan babun dalam kawanan; harimau bintang dengan tungkai yang tersangkut pada perangkap dapat dibunuh oleh sekawan anjing ini.[12]:186 Standard Encyclopaedia of Southern Africa memerihalkan mastif Boer sebagai petarung cemerlang; seekor malah membunuh harimau bintang dalam empat pertarungan tunggal selama sebilangan tahun, tetapi dibunuh oleh yang kelima.[13]
Pembiakbakaan boerboel bermula pada tahun 1950-an. Sebuah persatuan baka, Suid-Afrikaanse Boerboel Telersvereniging atau South African Boerboel Breeders Association, diasaskan pada tahun 1983.[14] Sebuah persatuan baharu, South African Boerboel Breeders' Society, dibentuk pada tahun 2012 dan didaftarkan dengan Jabatan Pertanian, Perhutanan, dan Perikanan pada tahun 2014.[14][15]
Boerboel ialah anjing besar dengan struktur tulang kuat dan otot cukup terbentuk. Kepalanya besar dan muncungnya pendek.[1]
Lapis bulunya pendek dan licin dengan litupan bulu padat. Warna-warna beriktiraf merupakan brindle, perang kekuning-kuningan, dan perang; ia mungkin mempunyai topeng hitam atau tidak. Terdapat satu pencapahan kecil antara piawaian baka; Kennel Union of South Africa tidak menerima hitam[4] tetapi SABBS menerima warna itu.[3]
Anjing ini menunjukkan keberanian apabila diancam;[4] ia mungkin memaparkan agresi terhadap anjing lain atau orang asing.[16]
Boerboel mungkin menghidap displasia pinggul[17] atau displasia siku, hiperplasia faraj,[18] ektropion, dan entropion.[19] Epilepsi juvenil (dengan serangan yang dibawa oleh perubahan metabolisme atau stres) telah diperhatikan.[20] Tingkah laku dan cara bawa diri boerboel mungkin berubah seiring dengan masa.[21]
Pemilikan anjing ini dibatasi oleh undang-undang di banyak negara: pengimportan ke Romania dilarang pada tahun 2002 dan pemilikan terbatas kepada yang mempunyai permit mahkamah;[22] baka ini dilarang di Denmark pada tahun 2010;[23] pada tahun 2011, Rusia menamakannya "baka amat berbahaya", yang tertakluk kepada pendaftaran dan perakuan mandatori;[24] Ukraine telah mengelaskannya sebagai anjing berbahaya, yang tertakluk kepada pembenaman mikrocip, berongsong, and insurans liabiliti sivil mandatori.[25]
Ia juga dilarang dan dibatasi di Bermuda,[26] di Mauritius,[27] di Perancis,[28] dan di Qatar;[29] pengimportan dilarang di Kepulauan Faroe,[30] di kepulauan Turks dan Caicos,[31] di Singapura,[32] di Tunisia.[33]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Boerboel |