Bunga, Aku Tunggu | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Adza Emie |
Pengarah | Along Kamaludin |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 13 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Azlin Rahi |
Penerbit | Saifulbahri Elias |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Wira Nusa Corporation |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Samarinda) IQIYI |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 17 Mei 2023 – 7 Jun 2023 |
Status | Tamat |
Kronologi | |
Mengikuti | Bukan Puteri Lindungan Bulan |
Diikuti oleh | Malam Zulaikha |
Bunga, Aku Tunggu ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Along Kamaludin, dibintangi oleh Beto Kusyairy dan Nelydia Senrose. Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 17 Mei 2023 menggantikan Bukan Puteri Lindungan Bulan. [1]
Drama ini juga boleh ditonton secara percuma di aplikasi IQIYI.
Kamal Iman (Beto Kusyairy), seorang jurutera komputer yang dikenali sebagai genius di tempat kerja. Kamal juga seorang yang baik hati, bagus bekerja dan selalu disenangi oleh bos dan rakan sekerjanya. Segalanya tenang buat Kamal sehinggalah dia berkenalan dengan pekerja baharu bernama Bunga (Nelydia Senrose).
Bunga adalah seorang gadis yang manis, baik hati dan peramah dengan teman sekerja. Selepas menamatkan pengajiannya, Bunga telah diarahkan oleh ibu bapanya untuk bekerja di syarikat milik rakan mereka. Walaupun impiannya untuk menjadi seorang wartawan, Bunga akur dan cuba memenuhi kehendak kedua orang tuanya. Bunga juga sentiasa dibandingkan dengan adiknya, Arjuna (Atiq Azman) yang merupakan anak emas keluarga kerana berjaya menyambung pelajarannya sehingga ke luar negara.
Suatu insiden di pejabat kemudian menemukan Kamal dengan Bunga, dan Kamal bersedia memberi bantuan kerja kepadanya. Kamal mula menyukai Bunga dalam diam dan cuba mendekati Bunga dengan lebih rapat. Namun, makin lama perasaan itu semakin membuak dan berubah menjadi obsesi. Kelainan drama ini ialah paparan obsesi Kamal yang mahu memiliki Bunga membuatkan dia sanggup melakukan apa sahaja kepada orang sekeliling yang melukakan hati Bunga.
Mampukah Kamal memiliki Bunga? Atau adakah takdir lain akan bersua dengan mereka?