Cekelat Honey | |
---|---|
Genre | Keluarga Cinta |
Pencipta | Azni Ishak |
Pengarah | Hadith Omar |
Dibintangi oleh | Fikry Ibrahim Siti Nordiana Zarul Husin Nonny Nadirah |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 15 |
Penerbitan | |
Tempoh siaran | 60 minit |
Syarikat penerbitan | Nad's Media Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | Astro Citra |
Siaran asal | 4 Disember 2018 – 27 Disember 2018 |
Cekelat Honey merupakan siri drama televisyen Malaysia 2018 yang menampilkan gandingan Siti Nordiana, Fikry Ibrahim dan Zarul Husin. Drama arahan Hadith Omar ini disiarkan bermula 4 Disember 2018 hingga 27 Disember 2018 setiap hari Selasa hingga Khamis jam 9 malam di Astro Citra.[1]
Mengisahkan bibit pertemuan antara Adam dan Maya. Adam jatuh cinta pada Maya namun harus bersaing dengan Rayyan Harris, seorang penyanyi yang juga menyukai Maya.
Kerana tertekan setelah bercerai dengan Danial, Maya mula mengabaikan kafe hingga menyebabkan Adam dan Rayyan jadi terganggu kerana tidak dapat menikmati makanan kegemaran mereka. Adam dan Rayyan beria mahu Maya mendapatkan kembali magisnya membuat pastri kerana tanpanya, hidup Adam akan dipenuhi tekanan dan Rayyan akan hilang sumber inspirasi untuk menulis lagu.
Adam dan Rayyan tidak berterus terang tapi saling mengingatkan sesama mereka supaya tidak melukakan hati Maya tapi dalam diam mereka bersaing. Maya pula serik untuk mempunyai sebarang perhubungan.