Taufiq Hanafi | |
---|---|
Kelahiran | Mohamad Taufiq bin Mohd Hanafi 26 April 1991 |
Pendidikan | Ijazah Sarjana Muda perfileman dan televisyen |
Pusat pendidikan | Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)[2] |
Pekerjaan |
|
Tahun aktif | 2006–kini |
Bapa | Mejar (B) Hanafi Yunus |
Mohamad Taufiq Mohd Hanafi (lahir 26 April 1991) ialah seorang pelakon, pengarah dan pengacara Malaysia.[3][4][5] Taufiq mula dikenali apabila membawa watak Abu dalam filem Ola Bola pada 2016 yang juga merupakan filem pertamanya.[6]
Kerjaya Taufiq sebagai pelakon bermula sebagai pelakon tambahan untuk telefilem terbitan RTM Sutun pada 2006, semasa berumur 16 tahun. Setelah tamat belajar di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Taufiq bekerja di TVi milik RTM dan turut berlakon beberapa watak kecil. Dari situ beliau mendapat tawaran untuk filem Kanang anak Langkau: The Iban Warrior.[7] Taufiq turut menjadi pengacara untuk Dokumentari Kembara Sungai untuk siaran RTM pada 2017.[8]
Taufiq dikecam gara-gara watak Sofil dalam drama bersiri remaja Gantung The Series di Indonesia. Sofil merupakan watak antagonis yang mempunyai nafsu songsang. Drama bersiri 16 episod itu mula ditayangkan pada Januari 2018 dan hanya boleh ditonton di aplikasi Tribe di Indonesia dan Astro First di Malaysia.[9]
Pada 27 September 2018, Taufiq merupakan salah seorang pelakon utama filem PASKAL arahan Adrian Teh bersama-sama Hairul Azreen, Ammar Alfian, Henley Hii dan Jasmine Suraya Chin; beliau memegang watak sebagai Ustat.[10] Filem ini merupakan satu kejayaan komersial dan menerima ulasan positif daripada media.[11]
Taufiq bersekolah di Sekolah Menengah Teknik Kajang pada tahun 2007 dalam bidang kejuruteraan. Pada tahun 2009, Taufiq menyambung pelajaran ke ASWARA. Bermula dari situ Taufiq aktif dalam penerbitan dan lakonan pentas.[7]
Pada September 2018, Taufiq mendedahkan bahawa hubungannya dengan pelakon Neera Azizi tidak lebih hanya sebagai teman rapat sahaja.[12]
Pada akhir Mei 2020, Taufiq mengakui bahawa beliau sedang menjalinkan hubungan dengan sorang model tempatan yang dikenali sebagai Neesa Sodirman dan turut memuat naik sekeping foto di Instagram menyambut Aidilfitri bersama. Dalam entri tersebut, Taufiq memberi bayangan keseriusan hubungan tersebut apabila mendakwa bakal menyambut lebaran tahun depan 'bersama' di kampungnya di Johor. [13]
Pada 2023 Taufiq menjalinkan hubungan akrab dengan hos Malaysia Hari Ini Anim Ezati Rizki, apatah lagi beliau menemaninya semasa malam tayangan filem Malbatt:Misi Bakara sekali gus menjadi tanda tanya tentang keseriusan hubungan.Namun Taufiq bersedia menggalas tanggungjawab sebagai suami dan bapa melalui belajar dengan Anim, beliau akui Anim pandai ambil hati keluarganya.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2016 | Ola Bola | Abu | Filem pertama |
2017 | Kanang anak Langkau: The Iban Warrior | Renjer Ali | |
2018 | Bidong: The Boat People | Adib | Berperanan sebagai teraju utama |
Blok 404 | Penampilan khas | ||
PASKAL | Khairil Fikri bin Abdul Musa / Ustat | ||
2020 | Pasal Kau! | Wak | |
2021 | Siapa Tutup Lampu? | En. Aidil | |
2022 | Rasuk | Farid | |
2023 | Malbatt: Misi Bakara | Lans Koperal Fuad | |
2024 | Raja Hitam | Pos-produksi | |
TBA | Kod Musketeer | Sofil | Pos-produksi |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2006 | Sutun | TV1 | Pelakon tambahan | ||
2017 | Kembara Sungai | Pengacara | TVi | ||
Ops Cinta Din Sardin | Kamarul | TV9 | |||
2018 | Gantung The Series | Sofil | Tribe, Astro First | [14] | |
Kalis Kasih | Remy | TV3 | |||
Pujaan Hati Kanda | Naim | [15] | |||
2019 | Hilang Yang Kembali | Berahim | |||
Iktibar | Warden Razi | Episod: "Buli Jadikan Aku Pembunuh" | |||
2023 | Jangan Ambil Kerja Tuhan | TV2 | Episod: "Selain Bidadari" | ||
Jack Yusof | Banduan | Astro Ria | |||
Misi Seramedi | Helmi | TV Okey | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan | Ruj. |
---|---|---|---|---|
2016 | Mulan | General Li | [16] |
17.https://ohbulan.com/anim-ezati-pandai-ambil-hati-saya-keluarga-taufiq-hanafi/