Chubb-E | |
---|---|
Kelahiran | Muhammad Sharul Ashlyn bin Ag Ashrul Affandy 24 September 1999 |
Pusat pendidikan | Universiti Teknologi MARA (UITM) |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 2014–kini |
Kerjaya muzik | |
Genre | |
Instrumen | Vokal |
Syarikat rakaman | FutureMusic Entertainment |
Pengkarya berkait | Amir Masdi |
Muhammad Sharul Ashlyn Ag Ashrul Affandy atau Chubb-E (lahir 24 September 1999) ialah seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.[1][2] Kerjayanya bermula selepas menyertai Ceria Megastar musim pertama, dinobatkan sebagai juara pada 2018.[3][4]
Pada tahun 2014, Chubb-E menjadi salah seorang peserta rancangan pertandingan bakat Astro Ceria, Ceria Popstar musim kedua, antara lain turut disertai oleh Masya Masyitah. Empat tahun kemudian, beliau menyertai Ceria Megastar musim pertama biarpun pada mulanya bukan peserta pilihan.[5] Dengan mempersembahkan lagu "Khazanah Dari Malaya" nyanyian asal Ayati Tasrip, beliau dinobatkan sebagai juara Ceria Megastar sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM20,000.[3][6] Selepas tamat rancangan itu, Chubb-E merakamkan single sulungnya, "Aku Tak Kisah" yang dikeluarkan pada 2018, kemudian diikuti oleh dua single berikut—"Kita Cuma Kawan" (2019) dan "Padan Muka" (2020).[7]
Beliau mula dikenali menerusi penyertaannya dalam rancangan Dansa Dan Sing yang turut disertai oleh W.A.R.I.S, Wani Kayrie, Shiha Zikir dan Sophia Liana di mana beliau digandingkan bersama kumpulan Youngsterz Crew.[8] Beliau kemudian melancarkan single keempat, "Biru Malam" menampilkan duet bersama Amir Masdi.[9][10][11] Kerjaya lakonan Chubb-E bermula apabila ditawarkan membintangi drama Projek: Anchor SPM lakonan bersama Aedy Ashraf, Daiyan Trisha dan Shasha Abedul. Sebelum membintangi drama itu, beliau pernah membintangi telefilem Ada Yang Ngikut.[10]
Chubb-E dilahirkan dan dibesarkan di Kota Kinabalu, Sabah dan merupakan anak sulung daripada empat beradik. Walaubagaimanapun, bapanya berbangsa Brunei dari daerah Papar di bahagian Pantai Barat selatan negeri itu manakala ibunya berbangsa Filipina dan keduanya berasal dari Sabah.[2] Pada Januari 2021, Chubb-E telah mengumumkan di media sosialnya yang beliau telah memiliki kereta mewah berjenama BMW pada usia 22 tahun.[12]
Tajuk | Tahun |
---|---|
"Aku Tak Kisah" | 2018 |
"Kita Cuma Kawan" | 2019 |
"Padan Muka" | 2020 |
"Biru Malam" (bersama Amir Masdi) | 2021 |
"Tiada Noktah" | 2022 |
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2022 | Rompak | Haikal | Filem pertama |
Halimun | Ashif |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2014 | Puasa Oh Puasa (musim 1) | Dirinya sendiri | Astro Ceria | |
2021 | Salam Squad 3.0 | |||
Projek: Anchor SPM | Botol | Astro Citra | ||
Malaysian Ghost Stories | Ajak | Astro Ria | Episod: "Nenek Hostel" | |
2022 | Kau vs Aku | Zafran (Zhaf) | Sooka | |
2023 | Dara & The Gang | Rizal | TV3 |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2018 | Ceria Megastar: Surprise Sir | Astro Ceria | |
2019 | Ceria Megastar Ministar: Zap-in | ||
2020 | Ada Yang Ngikut | Imran | Astro Citra |
2021 | Angan-Angan Mat Jiman |
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV |
---|---|---|---|
2014 | Ceria Popstar (musim 2) | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Ceria |
2018 | Ceria Megastar | ||
Feel Good Show | Tetamu jemputan | ntv7 | |
2019 | Ceria Megastar Ministar | Mentor | Astro Ceria |
2020 | Dansa Dan Sing | Dirinya sendiri/Peserta | Astro Ria |
Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan | Ruj. |
---|---|---|---|---|---|
2020 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 | Artis Baharu Lelaki Popular | Dirinya sendiri | Menang | [13] |