Kategori | Bahasa |
---|---|
Kekerapan | Bulanan |
Penerbit | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Isu pertama | 1957 |
Syarikat | Dewan Bahasa Dan Pustaka |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Laman web | dwnbahasa |
Dewan Bahasa merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu di Malaysia. Majalah ini diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka secara bulanan sejak tahun 1957. Di samping itu, ia menyasarkan pembaca daripada kalangan budayawan, golongan profesional, pejuang bahasa, pensyarah, mahasiswa, pemimpin, serta orang awam. Majalah ini juga mengandungi 70 halaman bercetak.[1]
Majalah ini merupakan majalah khusus tentang hal-hal yang berkaitan dengan peranan bahasa Melayu sebagai pemangkin pembangunan negara yang meliputi pemikiran, kemasyarakatan, pendidikan dan sebagainya. Selain itu, ia turut memaparkan perkembangan isu semasa tentang bahasa kebangsaan sama ada pada peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
Berikut merupakan senarai harga yang telah ditetapkan dengan mengikut tempat majalah ini dipasarkan.