HMS Dreadnought Royal Navy, iaitu dreadnought pertama dunia
USS Texas, satu-satunya dreadnought yang masih wujud, telah dilancarkan pada 1912 dan kini menjadi sebuah muzium kapal.

Kapal dreadnought adalah jenis kapal tempur utama pada awal abad ke-20. Yang pertama seumpamanya, Dreadnought Royal Navy meninggalkan kesan yang begitu mendalam pada fikiran rakyat setelah dilancarkan pada tahun 1906 apabila kapal tempur yang serupa dibina kemudiannya dirujuk secara generik sebagai "dreadnought", dan kapal tempur paling awal dikenali sebagai "pra-dreadnought". Reka bentuk Dreadnought' mempunyai dua ciri-ciri revolusioner: satu sistem persenjataan "all-big-gun" (semua meriam besar), dengan banyak meriam berkaliber berat daripada kapal sebelumnya, dan propulsi turbin stim.[a] Semasa dreadnought menjadi simbol kekuasaan negara, ketibaan kapal perang baru ini adalah pemangkin utama dalam meningkatkan perlumbaan senjata laut antara United Kingdom dan Jerman. Dengan pelancaran kapal tunggal, Dreadnought, skala kuasa tentera laut telah dilaras semula dalam sekelip mata. Akibatnya, perlumbaan dreadnought berkembang di seluruh dunia, termasuk di Amerika Selatan, semasa menuju ke Perang Dunia I. Reka bentuk saiz seterusnya meningkat dengan pesat dan menambah pembaikan dalam persenjataan, armor, dan propulsi sepanjang era dreadnought. Dalam tempoh 5 tahun, kapal tempur baru telah mengatasi Dreadnought. Kapal yang lebih berkuasa ini dikenali sebagai "super-dreadnought". Sebahagian besar dreadnought asal telah dihapuskan selepas berakhirnya Perang Dunia I dibawah syarat-syarat Perjanjian Tentera Laut Washington, tetapi banyak super-dreadnought yang lebih baru terus digunakan sepanjang Perang Dunia II. Satu-satunya dreadnought yang terselamat ialah USS Texas, terletak berhampiran Tapak Bersejarah Medan Tempur San Jacinto.[1]

Pembinaan dreadnought menggunakan sumber yang luas pada awal abad ke-20, tetapi hanya terdapat satu pertempuran antara armada dreadnought yang besar. Dalam Pertempuran Jutland tahun 1916, tentera laut British dan Jerman bertembung dengan tanpa keputusan muktamad. Istilah "dreadnought" perlahan-lahan digugurkan penggunaannya selepas Perang Dunia I terutamanya selepas Perjanjian Tentera Laut Washington, kerana hampir kesemua kapal tempur yang tinggal berkongsi ciri-ciri dreadnought; istilah ini juga boleh digunakan untuk menggambarkan kruiser tempur, iaitu jenis kapal lain akibat daripada revolusi dreadnought.[2][3]

Nota

Nota kaki

  1. ^ The concept of an all-big-gun ship had been in development for several years before Dreadnought's construction. The Imperial Japanese Navy had begun work on an all-big-gun battleship in 1904, but finished the ship with a mixed armament. The United States Navy was building ships with a similar armament scheme, though Dreadnought was launched before any were completed.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "trajectory" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "velocity" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Mississippi" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "uniform armament" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "salvoes" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "accuracy" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "Fisher" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "power loss" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "engines" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "costs" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.
Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "war prizes" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Ralat petik: Tag <ref> dengan nama "hulks" yang ditentukan dalam <references> tidak digunakan dalam teks sebelumnya.

Petikan

  1. ^ The Battle of Jutland: The Navy's Bloodiest Day. BBC. 2016.
  2. ^ Mackay 1973, m/s. 326, for instance.
  3. ^ Mizokami, Kyle (26 October 2016). "A Brief History of All the Warships Called "Dreadnought"". Popular Mechanics. Dicapai pada 27 October 2016. If the name of Britain's next nuclear sub sounds old, it's because it is very, very old.

Rujukan

Pautan luar[sunting | sunting sumber]