HMS Queen Elizabeth, "kapal tempur laju" pertama era Dreadnought, pada 1918
Kapal tempur Dunkerque Perancis

Kapal tempur laju adalah kapal tempur yang menekankan kepantasan tanpa – mengikut konsep – kompromi samada perisai atau persenjataan. Pada awal Perang Dunia I, sebahagian besar era kapal tempur dreadnought biasanya dibina dengan rekaan kelajuan yang rendah, jadi istilah "kapal tempur laju" menerapkan rekaan yang jauh lebih pantas. Kelajuan tambahan kapal tempur laju biasanya diperlukan untuk membolehkan kapal itu menjalankan peranan tambahan selain mengambil bahagian dalam barisan tempur, seperti mengiringi pengangkut pesawat.

Kapal tempur laju dibezakan dari kruiser tempur kerana ia dapat bertarung dengan kapal tempur musuh secara berterusan pada waktu yang sama. Syarat untuk menaikkan kelajuan dengan tanpa mengorbankan keupayaan tempur atau perlindungan adalah cabaran utama reka bentuk kapal tempur laju. Walaupun meningkatkan nisbah panjang-lebar ialah kaedah paling langsung untuk mencapai kelajuan yang lebih tinggi, ini bermakna kapal yang lebih besar adalah lebih mahal dan/atau dapat melebihi had tanan perjanjian tentera laut (dimana ia berlaku  – seperti Perjanjian Tentera Laut Washington membentuk komposisi pasukan armada selepas Perang Dunia I). Kemajuan teknologi seperti peningkatan sistem pendorong dan lapisan perisai ringan yang berkekuatan tinggi diperlukan untuk kapal tempur laju menjadi kenyataan.

Tidak seperti kruiser tempur, yang mana menjadi penggunaan rasmi Royal Navy pada 1911,[1] istilah kapal tempur laju pada dasarnya adalah istilah tidak rasmi. Kapal perang kelas Queen Elizabeth secara kolektif diistilahkan sebagai Divisyen Laju semasa beroperasi dengan Armada Besar. Jika tidak, kapal tempur laju tidak dibezakan dengan kapal tempur konvensional dalam dokumentasi rasmi; juga tidak diakui sebagai kategori tersendiri dalam senarai kapal atau perjanjian kontemporari. Tidak terdapat kod berasingan bagi kapal tempur laju dalam sistem klasifikasi badan kapal Tentera Laut AS, semua kapal tempur, laju atau perlahan, dinilai sebagai "BB".

Rujukan

  1. ^ Admiralty Weekly Order no. 351, 24 November 1911; quoted in Roberts (2003), m/s. 24

Bibliografi